'/>

Kemalangan jalan raya di Jalan Bukit Sebangkoi, Sarikei

Insiden: Kemalangan jalan raya di Jalan Bukit Sebangkoi, Sarikei

Status Kejadian: Kemalangan melibatkan sebuah lori treler dan sebuah Perodua Myvi (3 orang mangsa lori treler dan 4 orang mangsa Myvi). Mangsa lori treler semua selamat dan 4 orang mangsa didalam Myvi tiga daripadanya telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan seorang mangsa masih lagi tersepit dibahagian pemandu.

Anggota Bomba menggunakan peralatan hydrolic tool untuk mengeluarkan mangsa. Setelah mangsa berjaya dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada pihak ambulans hospital dan mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans hospital. Maklumat tambahan dikhabarkan hujan di lokasi kejadian

Perodua Myvi (2 orang lelaki dewasa dan 2 orang perempuan dewasa. Pemandu/lelaki telah meninggal dunia di tempat kejadian). Lori Treler (seorang lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak semua selamat)

sumber dan foto by Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY