'/>

Kenyataan Akhbar-Penggunaan Nama Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV.

KUCHING - Pejabat Istana Negara hari ini telah mengeluarkan kenyataan akhbar bagi memaklumkan penggunaan nama rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV.

Dalam kenyataan yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Dato Nik Mohd Shafriman bin Nik Hassan, pihak Pejabat Istana Negara telah memaklumkan Mesyuarat Raja-Raja Yang Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong XV dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong telah berlangsung di Istana Negara pada 13 Disember 2016.

"Pada mesyuarat itu, pihak Istana Negara memaklumkan nama rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV yang telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku adalah 'Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong  XV Sultan Mauhammad V.

"Manakala, dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai His Majesty The Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.

Sumber :FB Friend of klxpress Sarawak

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY