'/>

8 buah sekolah rendah di Sarawak tidak dapat meneruskan sesi persekolahan hari ini

Seramai 460 murid dari lapan buah sekolah rendah di Sarawak tidak dapat meneruskan sesi persekolahan hari ini kerana masalah banjir sejak semalam.

Sektretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), Mejar Ismail Mahedin berkata lapan sekolah terlibat ialah empat di Bintulu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sigu, SK Genaan, SK Bukit Mawang dan SK Kuala Binyo.

"Empat buah sekolah lagi ialah di Miri iaitu SK Rumah Ranggong, SK Long Sobeng,SK Kuala Bok dan SK Long Loyang," katanya.

Mejer Ismail berkata, lima buah sekolah rendah turut terjejas dengan banjir, dua di Bintulu dan tiga lagi di Miri membabitkan seramai 599 murid namun sekolah masih dibuka seperti biasa.

Beliau berkata, di Bintulu sekolah yang terjejas ialah SK Nanga Penyarai serta SK Bukit Balai manakala di Miri ialah SK Sungai Seputi, SK Sungai Kelabit dan SK Kampung Bulau.

((BERNAMA))

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY