'/>

#Breaking Kenyataan Penafian Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Astana Negeri Sarawak)

Pengumuman: Kenyataan Penafian Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Astana Negeri Sarawak) mengenai Pelantikan Pemangku Ketua Menteri dan pergerakan Majlis Pengebumian Almarhum YAB Datuk Patinggi Tan Sri Hj Adenan bin Hj Satem

KUCHING - Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Astana Negeri) hari ini menafikan bahawa ada melantik mana-mana kakitangan mewakili Pejabat Astana Negeri untuk membuat kenyataan pemangkuan Ketua Menteri dan pergerakan majlis pengebumian YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Hj Adenan bin Hj Satem.

Menurut Pejabat Astana Negeri,  kenyataan yang dibuat di media sosial adalah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan menggunakan nama pejabat tersebut untuk mendapat perhatian. Untuk pengetahuan orang awam, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri merupakan organisasi yang tidak terlibat dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Politik Negeri Sarawak. (Astana Negeri)

sumber :Friend of klxpress Sarawak

P/s:untuk itu Admin MeradongToday menarik balik artikel mengenai TKM memangku Jawatan Pemangku Ketua Menteri Sarawak..Harap Maklum..

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY