'/>

Calon BN #PrkTanjungDatu akan diumumkan menjelang Penamaan Calon

Seperti yang diramal, keputusan untuk menamakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu tidak akan dilakukan secara tergesa-gesa oleh Pemangku Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Menurut Ketua Setiausaha Politiknya, yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Abdullah Saidol, keputusan muktamad siapa calon di kawasan tersebut hanya ditentukan setelah Abang Johari mendapat maklum balas pelbagai pihak, terutama sekali daripada peringkat akar umbi.

“Kemungkinan nama calon akan diumumkan beberapa hari sebelum pernamaan calon,” katanya lagi.

Hari Penamaan Calon telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 4 Februari, manakala hari pembuangan undi pada 18 Februari.

“Selepas pengumuman oleh SPR, YAB Ketua Menteri telah memanggil saya untuk berbincang tentang persediaan awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Datu.

“Saya yakin beliau akan membincangkan isu ini secara lebih terperinci dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB esok.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY