'/>

PPM WILAYAH LIMA RAMPAS 55 BATANG KAYU BALAK HARAM

Sibu:Seorang lelaki warga tempatan ditahan bersama 55 batang kayu balak pelbagai saiz dalam operasi yang dijalankan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima di Jalan Jambatan Sungai Durin, Batang Rajang dekat sini, awal pagi tadi.

Komandernya, ACP Salehuddin Mat Zaman berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan dalam pemeriksaan oleh pasukannya ke atas sebuah lori yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan lanjut, pihak polis menemukan sejumlah kayu balak yang tidak mempunyai tanda hak milik Jabatan Perhutanan Sarawak pada batang-batang kayu tersebut.

"Suspek juga gagal mengemukakan sebarang dokumen yang berkenaan dan dipercayai kayu-kayu tersebut diperoleh secara haram," jelas beliau.

Jumlah keseluruhan rampasan termasuk sebuah lori dianggarkan bernilai RM148,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 90 Ordinan Hutan 2015 iaitu memiliki hasil hutan tanpa cukai.
Foto by FB polis diraja malaysia ( royal malaysia police )

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY