'/>

SPR terima surat rasmi mengenai Kekosongan Kerusi Dun N.03 Tanjung Datu.

KUCHING - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terima surat pemakluman rasmi mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.03 Tanjung Datu daripada Speaker DUN Sarawak.

Sehubungan itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 19 Januari 2017, Khamis, jam 9.30 pagi bertempat di Pejabat SPR di Menara SPR, Putrajaya.

Mesyuarat akan membincangkan perkara mengenai  urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Datu termasuk tarikh hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian, daftar pemilih dan hal-hal berkaitan pilihan raya.
Info:Friend of klxpress Sarawak


No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY