'/>

Fokus Peratusan Keluar Mengundi PRK Tanjong Datu-PBB

LUNDU:Meneliti keperluan dan kehendak pengundi Tanjong Datu bagi mereka keluar mengundi pada hari mengundi adalah lebih penting, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan memfokuskan usaha untuk meningkatkan peratusan pemilih keluar mengundi,
khususnya anggota parti itu, pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu pada 18 Feb ini.

Abu Seman Karim, berkata semua jentera bergerak bersepadu menjalan gerak kerja secara keseluruhanya di lihat amat baik.

Pemangku Ketua PBB Cawangan Tanjong Datu, Abu Seman Karim berkata Lagi tiga strategi telah dirangka untuk tujuan berkenaan iaitu kempen dari rumah ke rumah, pemasangan poster dan bendera serta program ceramah di 15 daerah mengundi.

Beliau berkata semua anggota PBB cawangan itu termasuk daripada sayap Pemuda dan digerakkan di semua 37 cawangan dalam PBB Tanjong Datu untuk tujuan itu.

Abu Seman berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat bersama Anggota Jawatankuasa Cawangan PBB Tanjong Datu di sini, hari ini,dan kesemua bahagian juga akan sama-sama membantu dari segi tenaga dan logistik bagi mengerakan agensi jentera kesemua daerah dan kawasan.

Beliau berkata bahan kempen akan diedar mulai esok, manakala kerja memasang poster dijangka bermula Selasa ini.

-RK.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY