'/>

SARAWAK MODEL NEGERI 1MALAYSIA

SARAWAK MODEL NEGERI 1MALAYSIA

YAB Perdana Menteri menyifatkan Sarawak sebagai sebuah negeri model 1Malaysia dengan masyarakat pelbagai kaum dapat hidup secara aman dan harmoni di bawah bumbung yang sama.

YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak baru sahaja selesai lawatan kerja selama 3 hari ke bumi Kenyalang itu Juma'at lepas.

Beliau menegaskan bahawa;
"Saya beri komitmen dan jaminan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan memastikan kesejahteraan masyarakat Sarawak dan seluruh Malaysia terus dipelihara. Saya tegaskan juga bahawa hak kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, serta pendidikan vernakular yang dekat di hati masyarakat Sarawak akan terus dipertahankan oleh kerajaan BN."

Setelah  mendengar pelbagai taklimat dari kerajaan negeri beliau menegaskan masih banyak lagi yang perlu dilakukan dan diusahakan, selain membantu ramai lagi yang memerlukan.

Setakat ini antara pencapaian hasil lawatan kerja tersebut adalah pembangunan Sarawak berada di atas  landasan yang betul demi kemajuan negeri dan kemakmuran rakyatnya.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY