Puan Sri Jamilah Anu , calon Barisan Nasional yang berjaya memenangi kerusi Tanjong Datu semalam memberitahu , beliau tidak mungkin dapat memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu sekiranya tiada sokongan dan kepercayaan semua pihak terutama rakyat diperingkat akar umbi.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg kerana memberi kepercayaan kepadanya sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya tersebut.
“Kejayaan ini tidak akan dapat diperoleh tanpa sokongan, dokongan dan kepercayaan semua pihak, termasuklah pucuk pimpinan BN, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan semua parti komponen.
Jamilah yang kelihatan begitu gembira, juga menyifatkan kemenangan besarnya itu sebagai hadiah ulang tahun ke-37 perkahwinan beliau dan Allahyarham Adenan yang lazimnya disambut pada 14 Feb selain ulang tahun kelahiran Adenan pada 27 Jan lalu.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada pengundi dan seluruh rakyat di DUN Tajong Datu kerana memilih beliau sebagai ADUN baharu kawasan itu, Jamilah memohon maaf kerana tidak dapat bertemu dengan mereka sepanjang tempoh berkempen kerana masih dalam edah.
Katanya apabila habis tempoh edah, beliau pasti akan turun padang untuk bertemu pengundi di DUN Tanjong Datu serta menjalankan tanggjungjawab beliau sebagai wakil rakyat kawasan itu.
"Saya akan bekerja keras sebagai wakil rakyat dan memastikan janji-janji yang dibuat semasa kempen dilaksanakan. Saya juga berjanji akan bekerjasama dengan ketua menteri serta rakan-rakan dalam BN," katanya.
*Baca selanjutnya di:*
http://www.barisannasional.org.my/news/terima-kasih-semua-jamilah-anu
No comments: