'/>

Jalan ke SK Nanga Kota,Julau terputus hubungan akibat tanah runtuh #jkr #Swkbanjir

Julau: Minta pihak berwajib terutamanya KPM untuk mengambil perhatian tentang bencana yang melanda SK Nanga Kota, Julau. Semua jalan menuju ke sekolah telah terputus akibat tanah runtuh dan air pasang besar.

Semenjak hari isnin, belum ada bantuan yg sampai ke sekolah. Resyen murid asrama semakin berkurangan. Begitu juga dengan minyak untuk genset. Malam isnin lepas (27 Feb), prasekolah juga telah tergelam akibat banjir.

Syukur bangunan yg lain berada di atas bukit dan tidak terjejas. Pihak sekolah terutamanya guru2 dan akp serta penduduk kampung turut berusaha untuk mencangkul tanah yg runtuh bagi membuka laluan jalan. Namun, terlalu banyak kawasan jalan yg terputus akibat tanah runtuh.

Foto by masjue masjuwita

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY