'/>

Pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 bagi negeri Sarawak adalah menggalakkan

KUCHING - Secara keseluruhan pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 bagi negeri Sarawak adalah menggalakkan.

Seramai 13 orang calon berprestasi cemerlang tertinggi yang mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran.

Daripada jumlah tersebut, 1 orang mendapat 11A+, 6 orang mendapat 10A+ dan 6 orang mendapat 9A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Seorang calon berkeperluan khas, kategori Kurang Upaya Penglihatan (Rabun) iaitu adik Suzzane anak Jelian dari SMK Batu Lintang Kuching mendapat keputusan yang membanggakan. Beliau memperoleh Gred B+ dalam dua mata pelajaran, C+ dalam satu mata pelajaran, Gred D dalam dua mata pelajaran dan Gred E dalam satu mata pelajaran.

Bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam semua mata pelajaran pula ialah 577 orang.

Info friend of klxpress Sarawak

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY