'/>

ISU HOSPITAL BESAR SARIKEI

Kuching:Hospital Besar Sarikei menghadapi masalah kekurangan ambulans, di mana hanya 2 buah ambulans yang masih berfungsi manakala 4 buah ambulans dalam keadaan yang kurang memuaskan. Disebabkan Hospital Besar Sarikei masih mempunyai sumber dan kepakaran yang terhad, maka pihak hospital dalam sesetengah situasi perlu menghantar pesakit ke Hospital Besar Sibu dan Hospital Besar Kuching. Namun, kekurangan ambulans secara tidak langsung, melengahkan penghantaran pesakit ke Hospital Besar tersebut untuk rawatan lanjut.

Selain itu, pihak hospital turut menghadapi masalah perkhidmatan haemodialysis. Setakat ini, pesakit haemodialysis telah meningkat dari 12 orang (2016) ke 75 orang (2017). Pihak hospital bukan sahaja menghadapi ruang yang sesak, malah juga menggunakan mesin yang lama di mana ia perlu digantikan dengan kadar segera. Oleh yang demikian, saya memohon agar dipertimbangkan permintaan penduduk Sarikei.

UCAPAN OLEH
YANG BERHORMAT DATO’ SRI HUANG TIONG SII
ADUN N.45 REPOK

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY