'/>

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak siap sedia hadapi musim kering-DCM Sarawak

Permulaan Monsun Barat Daya (Musim kering) di Malaysia  telah bermula pada pertengahan bulan mei 2017 dan dijangka berterusan sehingga September 2017 .Secara amnya Negeri Sarawak akan mengalami keadaan pengurangan hujan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak sekarang telah menyediakan aset-aset untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kemarau yang selalu berlaku dikawasan -kawasan seperti  Betong,Mukah, dan Miri dengan menyediakan sebanyak 5 buah helikopter ,154 buah lori ,358 buah kenderaan pacuan empat roda ,226 buah bot dan 50 buah ambulans dari pelbagai jabatan dan agensi.

Ucapan penggulungan
YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan Ketua Menteri,Menteri Permodenan Pertanian,Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY