'/>

SEBANYAK 42 UNIT PERUMAHAN SPEKTRA PERMATA TELAH DILULUSKAN DI MATU DAN IGAN

SEBANYAK 42 UNIT PERUMAHAN SPEKTRA PERMATA TELAH DILULUSKAN DI MATU DAN IGAN

Kerajaan Negeri telah meluluskan pembinaan Perumahan Spektra Permata (Sesebuah Bertiang) sebanyak 20 unit di Skim Pembesaran Kampung Tian, Matu dan 22 unit di Skim Pembesaran Kampung Igan.

Menteri Muda Perumahan dan Urbanisasi Dr Haji Annuar Rapaee menyatakan, program kerajaan untuk menyediakan perumahan mampu milik bagi golongan berpendapatan RM4,000 ke bawah adalah melalui pembinaan perumahan SPEKTRA Permata atau SPEKTRA Lite.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada ADUN Jamoreng Dato Murshid Diraja Dr Juanda pada Persidangan Hari Kedua Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sarawak ke 18 pagi ini.

Tambah beliau lagi, pihak HDC akan membuat temuduga bagi mengenal pasti peserta-peserta yang layak.

"Dalam masa yang sama, pihak Kementerian Perumahan akan memulakan proses penyaluran peruntukan daripada kerajaan negeri untuk melaksanakan program ini dalam masa terdekat," katanya lagi.

Info by :FB salfian nawawi

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY