KUCHING: “Saya tidak salahkan mereka! Saya telah periksa situasi yang menyebabkan usul ini diluluskan tanpa bangkangan,” kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berhubung 25 ahli parlimen negeri ini yang gagal membangkang usul berkenaan.
Jelasnya, Rang Undang-undang berkenaan dibentangkan di Parlimen sekitar jam 4 pagi, yang terakhir daripada tujuh atau lapan rang undang-undang lain sebelum itu.
“Waktu itu adalah untuk masa orang tidur. Kenapa dibuat pada waktu yang sangat terdesak.”
“Itu hanya Parlimen yang dapat menjawab,” jelasnya.
Menurutnya, berdasarkan situasi itu, beliau tidak berhasrat menyalahkan mana-mana ahli Parlimen dari negeri Sarawak dan juga menteri dari Sarawak, kerana tidak terlibat dalam perbahasan.
“Itu adalah masa untuk orang tidur. Siapa mahu berbahas pada jam 2 pagi?
Katanya, ketika perbahasan berlangsung, kebanyakan ahli parlimen yang berada di Parlimen ketika itu tidur.
“Mereka tidur di merata-rata tempat termasuk atas kerusi dan bilik BNBBC.
“Kerana itu saya berpandangan prosedur legislatur kita itu perlu diperhalusi agar tidak mendatangkan kesulitan.
“Apabila perbahasan berlaku, ia harus ada ruang batas kerana badan manusia hanya dapat sampai ke satu tahap.
Katanya, perlu ada waktu rehat yang secukupnya sebelum terlibat dalam perbahasan yang bernas.
“Kecuali pembentangan itu ada agenda lain yang tersembunyi,” usiknya lagi. – Sarawakvoice
No comments: