'/>

Jelajah Ramadan dan Ngabang Gawai YB Abdullah

Pada Program Berbuka Puasa Jemaah Terawih di Kampung Paloh dan Ngabang Mesra Gawai di Berangan semalam Menteri Muda Hal Korporat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.42 Semop Abdullah Haji Saidol sempat berbuka puasa dan berjemaah tarawih di Paloh sebelum menaiki motosikal bersama isteri untuk menghadiri majlis Ngabang Gawai bersama masyarakat Iban di Berangan.

Dalam pada itu, beliau berkongsi maklumat tentang beberapa projek yang akan dilaksanakan di kawasan tersebut seperti pembinaan padang simen serbaguna di Kampung Kedang, pembinaan Tabika Kemas di Berangan dan di samping itu memberi jaminan akan terus berusaha mendapatkan peruntukan untuk membina masjid baru di Kampung Paloh.

“Tahun lepas, kita berjaya memohon pembinaan tujuh dewan baharu dalam kawasan N.42 Semop dengan kos keseluruhan berjumlah RM4.2 juta.
“Malah majlis sambutan gawai di Berangan kali ini cukup istimewa kerana diadakan di Dewan Masyarakat baharu. Projek yang memberi manfaat besar untuk penduduk enam buah rumah panjang yang bernilai RM300 ribu ini juga menggunakan geran RTP,” katanya.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan kewangan RM10,000 untuk Jawatakuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK) Kampung Berangan selain RM 8,000 kegunaan Masjid Paloh dan RM3,000 untuk Masjid Kampung Kedang.
Majlis Ngabang Gawai yang diserikan dengan pelbagai acara menarik itu dihadiri penduduk sekitar Berangan, Paloh dan Kedang.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY