'/>

Laporan polis terhadap Parti Bumi Kenyalang

PELAWAN - Satu laporan polis telah dibuat bersama Ketua Unit Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS) dan Ketua Pemuda Cawangan PBB DUN Pelawan terhadap Parti Bumi Kenyalang yang menghasut rakyat memboikot sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Menurut Ketua Pemuda Cawangan PBB DUN Pelawan Mohamad Junaidi Haji Sambang, laporan polis ini dibuat selepas ada pihak yang mahu menghasut orang ramai memboikot sambutan Hari Kebangsaan yang akan diadakan pada 31 Ogos ini.

“Laporan polis ini dibuat bagi menyatakan rasa kesal akan tingkah laku ahli-ahli Parti Bumi Kenyalang yang telah mengadakan ‘flash mop’ di bandar Sibu hujung minggu lepas bagi membantah penganjuran Hari Kebangsaan dan beberapa lagi polisi kerajaan.

“Begitu juga dengan kelantangan dan biadap pemilik akaun facebook New Jakson (Sarawak Indipendent Alliance) dan Franky Sarexit Eight Route yang cuba menghasut orang ramai untuk memboikot sambutan Hari Kebangsaan dan beberapa perkara lain yang telah dilaksanakan kerajaan dengan menggunakan media sosial.

Baca lanjut disini :Klxpress Sarawak

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY