'/>

Sarawak Tidak Bersetuju Dengan Pendapatan 10% Cukai Perlancongan

Sarawak Tidak Bersetuju Dengan Pendapatan 10% Cukai Perlancongan

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Openg menegaskan Sarawak tidak bersetuju dengan pendapatan 10 peratus yang dikutip dari Cukai Pelancongan yang diumumkan baru-baru ini.

"Bukan ini (pendapatan 10% dari Cukai Perlancongan) yang telah dipersetujui sebelum pengumuman di Putrajaya. Kita tidak ada membincangkan yang Sarawak hanya mendapat satu ringgit (untuk setiap RM10 yang dikutip)."

Menegaskan Sarawak tidak dapat bersetuju dengan 10 peratus "kerana susunan awalnya berbeza", Johari menjelaskan, Sarawak dan Sabah telah mengemukakan memorandum kepada Putrajaya mengenai sebelum ini bagaimana pendapatan yang dikutip dari Cukai Pelancongan perlu diagihkan.

"Memorandum itu menyatakan bahawa pendapatan sepatutnya diagihkan sama rata di antara tiga wilayah iaitu Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah," katanya lagi ketika ditemui pemberita di BCCK selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Khas Antarabangsa ke-2 (ICSE 2017) pada hari ini.

#iamSarawakian
#TeamAbgJo

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY