Daro - Seorang nelayan dari Kampung Badong di sini dikhuatiri hilang selepas keluar memukat ikan terubok pada jam 7.00 malam semalam.
Mangsa Ismail Bin Jem 54 tahun , dilaporkan keluar dari rumah oleh ahli keluarganya kerana hendak memukat ikan dan turun dari jeti kampung terbabit.
Menurut keluarganya, mangsa sepatutnya pulang pada jam 7.00 pagi tadi namun tidak tiba di rumah seperti kebiasaannya.
Penduduk kampung telah bertindak keluar untuk mencari mangsa semenjak jam 4.00 petang ini tadi.
Foto & Info/ KLXpress/ Mohd Faizal Jamiludin
No comments: