'/>

Tun Abang Muhammad Salahuddin mengetuai senarai penerima pingat kebesaran TYT Sarawak

KUCHING: Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin mengetuai senarai penerima pingat kebesaran negeri sempena ulang tahun Yang Di-Pertua Negeri Sarawak yang ke-81 esok.

Beliau dikurniakan pingat Satria Bintang Sarawak (SBS) yang membawa gelaran “Pehin Sri”.

Turut menerima pingat dan gelaran yang sama secara posthumous ialah bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Haji Satem.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg muncul penerima tunggal Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak menerusi pingat Datuk Patinggi Bintang Kenyalang, yang membawa gelar “Datuk Patinggi”.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim pula dikurniakan pingat Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran “Datuk Sri”.

Turut menerima pingat yang sama ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri Richard Riot Jaem; Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Fatimah Abdullah dan bekas Peguam Besar Negeri, Datuk Fong Joo Chung.

Menteri Muda Belia dan Sukan, Snowdan Lawan pula akan bergelar “Datuk” apabila dikurniakan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK).

Turut menerima pingat yang sama, Peguam Besar Negeri, Talat Mahmood Abdul Rashid; Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Balingian, Abdul Ajis Abdul Majeed.

Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan, Safri Zainuddin pula menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran “Datu”.

Turut menerima pingat yang sama, Pengarah Jabatan Kerja Raya, Zuraimi Sabki; Pengarah Sumber Manusia Negeri, William Patrick Nyigor dan Ketua Pendaftar Mahkamah Bumiputera Sarawak, Michael Dawi Alli.

Pingat Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) pula dikurniakan kepada Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang yang membawa gelaran “Dato”.

Turut menerima pingat tersebut Brig Jen (B) Datuk Muhammad Daniel @ Damien Abdullah, Dr Yao Sik Chi, Rabiah Johari dan Sharkawi Alis.

Turut tersenarai, Alex Ting Kuang Kuo, Temenggong Helmi Mohd Gol, Bernard Aggan Assan, Goh Leng Chua dan Haji Yepni @ Yet Adenan.

Turut dianugerahkan pingat ialah tujuh penerima Johan Bintang Kenyalang (JBK); dua penerimq Johan Perkhidmatan Cemerlang (JPC). – Sarawakvoice

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY