'/>

2 Buah Sekolah Rendah di Sarawak terpaksa ditutup akibat #Banjir

MIRI: Banjir menyebabkan dua buah sekolah rendah di Sarawak terpaksa ditutup hari ini, sebuah di Miri dan sebuah lagi di Bintulu, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Ketua sekretariat itu Mejar Ismail Mahedin daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata sekolah yang ditutup di Miri ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Rumah Essau di Bekenu yang mempunyai 48 murid, 10 guru dan dua kakitangan pentadbiran.

“SK Kuala Sigu di Bintulu yang mempunyai 32 murid, 13 guru dan enam kakitangan pentadbiran turut ditutup,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, lima buah sekolah rendah iaitu SK Angus, SK Kuala Bok, SK Bukit Balai, SK Kuala Kebulu dan SK Bukit Mawang turut dinaiki air tetapi masih beroperasi seperti biasa.

— BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY