'/>

Budak Lelaki berusia 2 tahun hilang.

SIMUNJAN - Seorang budak lelaki berusia 2 tahun dilaporkan hilang ketika dalam jagaan neneknya di  Kampung Ruan Baru, Simunjan.

Pihak bomba yang menerima laporan sekitar jam 6.48 petang telah mengerakkan anggota dari BBP Simunjan ke lokasi kejadian bagi mencari mangsa Desmen ak Davei 2 tahun.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM Sarawak berkata, kali terakhir mangsa dilihat oleh ahli keluarga pada jam 1 petang semalam di dalam rumah ketika nenek mangsa selesai menyiapkan mangsa selepas mandi dan diletakkan diatas kerusi.

Sekembali nenek mangsa semula dia telah menyedari mangsa tidak kelihatan di dalam rumah, seluruh ahli keluarga berusaha mencari mangsa.

Setelah pencarian mangsa menemui jalan buntu, keluarga mangsa membuat laporan polis di IPD Polis Simunjan.

Pihak Bomba membuat pemantauan serta mengumpul maklumat daripada ahli keluarga.

Hasil pemantauan juga sekitar sekeliling kawasan rumah mangsa didapati tiada sungai berdekatan atau tali air parit besar.

Jenis penempatan jenis rumah perkampungan dan terdapat kawasan hutan di berdekatan rumah.

Info dari Pusat Gerakan Operasi Negeri Sarawak.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY