'/>

Hanya Penceramah yang bertauliah dibenarkan menyampaikan ceramah -Rahman Junaidi

Kuching :Menteri Muda Utiliti Dr Haji Abdul Rahman Junaidi berkata, kerajaan sentiasa memantau ceramah-ceramah yang disampaikan oleh para penceramah di negeri Sarawak.

"Hanya penceramah yang diberikan tauliah dibenarkan untuk menyampaikan ceramah di negeri ini dan setakat ini, belum ada aduan diterima berkaitan dengan kandungan ceramah yang berbentuk hatred dan sectarian".

Rahman, yang juga ADUN Pantai Damai menjawab pertanyaan ADUN Jamoreng Dato Murshid DiRaja Dar Haji Juanda Jaya mengenai reaksi kerajaan terhadap pihak-pihak yang menimbulkan hatred dan sectarian dalam ceramah agama Islam yang disampaikan penceramah jemputan yang dibimbangi tidak bertauliah di Persidangan DUN pagi ini.

Mengenai soalan Juanda tentang sistem pentauliahan ini diuruskan selaras dengan kehendak undang-undang, Rahman menerangkan permohonan pentauliahan diurus mengikut Arahan Pentadbiran Pentauliahan Mengajar Agama Islam, 2014 yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Islam Sarawak Bilangan 4, Tahun 2014 berdasarkan peruntukan sub-seksyen 58 (1) (d) Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001.

Sehingga 31 Oktober 2017, seramai 356 penceramah telah diberikan tauliah untuk tempoh satu (1) hingga tiga (3) tahun, tambahnya lagi.

Sumber :Salfian Nawawi 

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY