'/>

Kenyataan Media berhubung isu FB Gerard Hie

Kuching:Good evening.

*KENYATAAN MEDIA*
*KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH SARAWAK*

Pada 18/11/17, tujuh laporan polis telah diterima daripada individu-individu berlainan yang tidak berpuas hati terhadap satu komen oleh seorang pemilik akaun facebook yang berunsur ugutan ke atas YAB Ketua Menteri Sarawak.

Siasatan telah dijalankan oleh polis di bawah seksyen 507 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Usaha juga telah dijalankan untuk mengenalpasti identiti pemilik akaun fb tersebut.

Pada 19/11/17 jam 2.30 petang, satu pasukan JSJ Kuching berjaya menangkap seorang pelajar sekolah berumur 14 tahun yang disyaki telah memuat naik komen ugutan tersebut. Saspek telah dibawa oleh ayahnya ke IPD Kuching setelah mendapat tahu bahawa polis sedang mengesan anaknya. Satu telefon bimbit milik saspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik komen ugutan itu telah dirampas darinya. Saspek telah dibebaskan dengan jaminan polis pada petang yang sama setelah keterangan diambil darinya.

*DATO' DEV KUMAR*

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY