'/>

Sarawak Pay Memudah Urusan Kewangan Rakyat Sarawak

KUCHING: Sarawak Pay merupakan usaha kerajaan negeri untuk melengkapkan agenda ekonomi digital bagi memudahkan rakyat mengurus segala pembayaran kewangan hanya dengan mengguna telefon pintar.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ianya adalah penyelesaian bagi urusan pembayaran menerusi teknologi digital seperti e-wallet, kad kredit dan internet banking.

Menurutnya, e-Wallet dilesen dibawah PaymentGalaxy@Wallet dan dikawalselia oleh Bank Negara, ianya bukan sekadar e-Wallet yang julungkali di Sarawak tetapi yang pertama kali di Malaysia dilaksana oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan aplikasi Sarawak Pay di Komplek Dewan Undangang Negeri Sarawak di sini hari ini.

"Buat permulaan, Sarawak Pay muat tambah nilai paling maksima sebanyak RM200 menerusi internet bankin dan kad kredit. Pada tahun hadapan kerajaan negeri akan memohon kepada Bank Negara agar kadar tersebut dinaik kepada RM1500 paling maksima.

"Untuk mendapat aplikasi Sarawak Pay, pengguna boleh memuat naik aplikasi tersebut di Google Play dan menaip 'Sarawak Pay'" katanya. - Sarawakiana

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY