'/>

Seramai 2666 orang berjaya mendapat lesen dalam Program SKSJ Khas Meradong

Bintangor: Program Satu Komuniti Satu JPJ merupakan satu pendekatan dan kemudahan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat luar bandar menurut Tuan Mohd Syafiq Anas Abdullah ,Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak.
Bagi SKSJ Khas Meradong,Sarikei Seramai 2666 orang peserta telah mengikuti program ini.Kesemua mereka berjaya lulus dan layak memperolehi Lesen Memandu Kelas B2 Motosikal.
Program SKSJ yang diperkenalkan sejak 2009 dan sehingga kini sebanyak 35 siri SKSJ telah dijalankan di Sarawak dan seramai 21283 orang calon telah dilesenkan dalam tempoh tersebut.
Selain daripada melesenkan peserta program ini turut diselitkan dengan aktiviti kemasyarakatan tambah beliau lagi bagi majlis Perasmian Penutupan Program Satu JPJ Khas Meradong.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY