Kuching:Menurut YB Dato Sri Dr. Stepen Rundi Anak Utom ,Menteri Utiliti Sarawak berdasarkan laporan daripada pihak pakar perunding reka bentuk dan kontraktor telah menjamin bahawa struktur Empangan Bengoh adalah kukuh dan stabil tidak seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak dalam media baru-baru ini.
Rekabentuk dan pembinaan empangan tersebut melibatkan sumbangan daripada pakar pembinaan empangan antarabangsa.Empangan Bengoh telah beroperasi sepenuhnya sejak penghujung tahun 2015.
Penurunan paras air baru-baru ini adalah selaras dengan prosedur operasi seperti yang dinasihati oleh pakar empangan.Ini adalah penurunan paras air yang dirancang dengan melepaskan air melalui saluran culvert dan bukan disebabkan oleh sebarang masalah atau kebocoron empangan.Perkara ini disahkan oleh pakar empangan daripada Halcrow Consultant ,United Kingdom semasa lawatan pemeriksaan berkala di tapak pada akhir oktober 2017.
Di Dalam situasi yang diluar jangkaan,pihak -pihak berkenan ,termasuk penduduk yang terlibat akan dimaklumkan serta merta dan pelan pemindahan akan dijalankan .Segala Prosedur adalah termaktub dalam pelan Tindakan Kecemasan .
No comments: