'/>

Abang Jo Meneruskan Dasar dan Janji Tok Nan - Fadillah

DALAM tempoh setahun kepimpinannya Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg telah melakukan banyak perkara demi negeri dan rakyat Sarawak.

Pengerusi Pemuda BN Sarawak Merangkap Ketua Pemuda PBB Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, beliau selaku  ‘Kapten baru Team Tok Nan’ telah meneruskan semua dasar dan janji yang dibuat oleh Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem semasa memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRK-11).

"Ini termasuk rundingan berhubung penurunan kuasa dengan kerajaan Persekutuan demi menuntuk kembali hak Sarawak," kata Fadillah dalam kenyataan medianya pada hari ini sempena setahun Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 13 Januari 2018 (esok).

"Mewakili Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) saya mengucapkan tahniah kepada YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg sempena genap setahun beliau menerajui kepimpinan negeri Sarawak."

Fadillah, yang juga merupakan Menteri Kerja Raya Malaysia berkata, malah kerajaan negeri pimpinan Abang Zohari telah menghantar satu rombongan ke London untuk meneliti fail dan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta hak-hak negeri Sarawak ketika ditadbir oleh kerajaan British.

Ketua Menteri Sarawak keenam itu juga telah memperkenalkan dasar baru demi memacu kemajuan negeri Sarawak dengan memperkenalkan ekonomi digital, yang telah disambut baik khususnya oleh golongan muda.

Pendekatan beliau diyakini mampu membawa Sarawak pergi lebih jauh ke arah menjadi negeri maju dan berjaya di Malaysia

Pemuda dengan ini mengulangi ikrar akan terus memberi sokongan padu dan akan membantu YAB Ketua Menteri untuk menjadikan Sarawak tempat yang lebih baik untuk semua, tambahnya lagi.

#TeamAbgJo

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY