'/>

Buaya menganas Di Sungai Dit Debak

"Buaya kembali menganas di Sarawak, seorang lagi dibaham buaya di Debak"

Debak: Seorang remaja berusia 13 tahun Abg Haikal bin Abg Suib dibaham buaya di Sungai Dit di Debak sekitar jam 5.30 petang tadi.

Menurut info awal mangsa yang dikenali sebagai Abang Ikal disambar buaya ketika pergi memancing di sungai Kampung Dit.

Buaya yang menyambar mangsa terus membawa mangsa kedalam dasar sungai. Setakat ini mangsa masih lagi gagal ditemui.
Sumber:FB Borneo

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY