KUCHING:Seorang lelaki mencipta gempar di Kampung Muara Tebas di sini sebentar tadi, dengan bertindak cuba membunuh diri.
Uniknya, beliau cuba menamatkan riwayat dengan memanjat pintu gerbang di kampung tersebut.
Tidak dapat dipastikan bila lelaki itu mula memanjat, tetapi sehingga rundingan dilakukan, dia telah berada di puncak gerbang setinggi 30 kaki itu untuk tempoh lebih 35 minit.
“Kami percaya lelaki ini di bawah pengaruh dadah,” kata anggota polis yang ditemui di lokasi.
Pasukan Bomba dan Penyelamat daripada Balai Petra Jaya juga kini berada di lokasi, sebagai persediaan terhadap semua kemungkinan.
Pintu gerbang terbabit telah dibina oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung lebih lima tahun lalu.
Ia kejadian pertama di Malaysia membabitkan cubaan bunuh diri dengan terjun dari pintu gerbang.
Sehingga berita ini ditulis, proses pemujukan masih berlangsung. — Sarawakvoice
No comments: