KUCHING: Perhimpunan Agung Tritahunan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan berlangsung pada 8 hingga 12 Februari nanti akan menyaksikan pertandingan beberapa jawatan kanan parti.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, dua jawatan Naib Presiden Kanan Parti akan dipertandingkan.
"Selain itu, pertandingan turut melibatkan jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi Bahagian Bapa," katanya dipetik laporan Utusan Borneo.
Tambah beliau, ketua-ketua bagi Pemuda dan Wanita tidak akan bertanding manakala jawatan lain dalam sayap itu dipertandingkan.
"Ada pertandingan jawatan, tetapi belum tahu lagi berapa pencalonan kerana kita belum menerima kertas pencalonan," ujarnya.
Mengulas lanjut, Asfia memberitahu kertas pencalonan akan ditutup pada jam 2 petang, 1 Februari nanti. - Sarawakiana
No comments: