Kapit :Sebuah kapal tongkang karam di alamat Nanga Ebau, Sungai Rajang. Menurut laporan dari pihak Polis kejadian melibatkan sebuah kapal tongkang yang membawa muatan batu telah karam. Dilaporkan seramai 7 orang di dalam kapal tersebut dan 5 orang mangsa berjaya menyelamatkan diri dan 2 orang mangsa masih belum ditemui.
Kini anggota Bomba Balai Kapit bersama dengan agensi lain yang terlibat sedang berusaha mencari mangsa yang masih hilang. Bantuan dari BBP Sungai Merah iaitu unit PPDA serta pegawai operasi zon Sibu (PPgB Mohammad Azri bin Nordin) dalam perjalanan ke lokasi kejadian untuk membuat selaman di dalam kapal tersebut.
Info dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak
No comments: