'/>

HUTANG NEGARA RM1 TRILLION?

Mengikut definisi yang terhad kepada hutang kerajaan SAHAJA dan juga yang termaktub di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983, kerajaan merekodkan jumlah hutang berjumlah RM686 billion setakat 31 Disember 2017 iaitu peningkatan hampir RM40 billion daripada RM648 billion yang direkodkan tahun sebelumnya (2016).

_*Benarkah saiz hutang negara kepada KDNK sudah melebihi paras 55% seperti yang ditetapkan kerajaan?*_

*Jawapan:* Hutang negara setakat 31 Disember 2017 berada pada paras 50.8% berbanding KDNK negara, menurun daripada 52.7% pada tahun 2016.

Walaupun jumlah hutang meningkat, nisbah hutang kepada KDNK menurun kerana kadar pertumbuhan KDNK lebih pantas daripada kadar pertumbuhan hutang kerajaan. Hutang kerajaan masih jauh lagi untuk mencecah RM1 trillion dan nisbah hutang kerajaan juga semakin menjarak daripada had statutori 55% yang ditetapkan sendiri oleh kerajaan.

Hutang kerajaan yang dihadkan di bawah had statutori 55% di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 hanya melibatkan bon dan sukuk yang diterbitkan oleh kerajaan persekutuan iaitu Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB). Ini tidak termasuk hutang syarikat milik kerajaan atau hutang lain yang dijamin kerajaan.

Jaminan bermaksud jika berlaku _’default’_ atau kegagalan membayar hutang baru kerajaan akan masuk campur untuk bayar. Selagi belum _’default’,_ selagi tu bukan tanggungjawab kerajaan untuk membuat bayaran semula. Tidak ada kerajaan dalam dunia yang mengambil kira hutang yang dijamin mereka untuk mengira nisbah hutang kerajaan.

Hutang yang dijamin kerajaan persekutuan setakat 30 September 2017 adalah RM226 billion merangkumi hutang-hutang badan berkanun seperti Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), FELDA dan PTPTN dan juga syarikat berkaitan kerajaan Danainfra, Prasarana, SME Bank dan sebagainya manakala jaminan hutang terbesar adalah hutang PTPTN berjumlah RM40.3 billion. Ini lebih besar dari hutang yang dibuat oleh Danainfra untuk membina MRT dan Pan Borneo. Hutang Danainfra yang dijamin kerajaan disokong dengan aset-aset _(secured debt)_ berbanding hutang PTPTN yang tidak disokong oleh apa-apa aset.

Selain itu, kerajaan juga menjamin deposit rakyat Malaysia dalam KWSP, Tabung Haji dan BSN yang mencecah hampir RM750 billion. Jika terjadi apa-apa kepada duit anda dalam ketiga-tiga institusi ini kerajaan akan bayar dan tiada risiko untuk anda.

*Sumber:* https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10215317941879807

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY