'/>

Filipino yang ditangkap seorang Komunis


Jika aktivis Korea yang ditangkap hari itu bersama PSM disahkan ada hubungkait dengan NDI (CIA), aktivis Filipina itu seorang komunis:

NICA Sahkan Ada Unsur Komunis

Agensi-agensi perisikan antarabangsa termasuk National Intelligent Coordinating Agency (NICA) mengesahkan lelaki warga Filipina, Romeo Castillo adalah Timbalan Setiausaha Agung sebuah parti berhaluan kiri, Partido Lakas dan Massa (PLM) serta Organisasi Hadapan Komunis di Filipina.

Agensi-agensi itu berperanan menjalankan risikan dan perkongsian maklumat berhubung ancaman luar yang boleh menjejaskan keselamatan negara terbabit.


Menurut sumber, strategi politik parti PLM yang berkait rapat dengan parti bersenjata komunis adalah dengan mencetuskan semangat rakyat sebelum menggulingkan kerajaan kapitalis bertujuan untuk menubuhkan kerajaan rakyat.

“Kerajaan Filipina tidak mengharamkan parti itu tetapi memantau rapi aktivitinya. Agensi perisikan antarabangsa memohon pihaknya dimaklumkan kedatangan Castillo ke negara ini supaya dia boleh ditahan untuk disoal siasat mengenai tujuan kedatangannya.

“Difahamkan, Castillo juga menghubungi Pengerusi PLM, Sommy Melencio dan memaklumkan penahanan ahli-ahli PSM. Dia (Castillo) kini gagal dikesan selepas dibebaskan baru-baru ini,” kata sumber itu.


Semalam, sekumpulan anggota PLM diketuai Sommy telah mengadakan satu demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Filipina, pukul 11 pagi, bertujuan mendesak kerajaan membebaskan ahli-ahli PSM yang ditahan dan menyatakan sokongan penganjuran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
sumber:unspinner

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY