'/>

SPR kaji panggil pemerhati antarabangsa PRU-13


BANGKOK 1 Julai — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji kemungkinan untuk memanggil pemerhati antarabangsa pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, usaha itu bertujuan membolehkan mereka melihat dan menilai perjalanan pilihan raya daripada segi bebas, telus dan adil.

Bagaimanapun, SPR akan mengkaji kesesuaian perkara tersebut serta faktor kewangan sebelum membuat keputusan walaupun kehadiran pemerhati antarabangsa merupakan satu amalan yang baik, katanya dalam temuramah dengan TV3 dan Bernama, di sini.
Beliau berada di sini sebagai pemerhati antarabangsa atas jemputan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand untuk memantau perjalanan pilihan raya yang akan diadakan Ahad ini. Malaysia adalah antara 13 negara yang dijemput.

Abdul Aziz berkata, SPR tidak pernah menjemput pemerhati antarabangsa pada pilihan raya umum sebelum ini. - Bernama

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY