'/>

Saksi SPRM Kantoi Berbohong Bila Tembelang Dah Pecah


Keterangan Saksi Pendakwa Kedua (SP2), Datuk Shamsuddin Haryoni, pada petang tadi menimbulkan kegemparan apabila ia sama sekali bercanggah dengan kenyataan Saksi Pendakwa Ketiga (SP3), Nasir Ismail.


Shamsuddin mendakwa beliau hanya membayar nasir sebanyak RM 1.5 juta dan bukannya RM 2.5 juta seperti dakwaan Nasir sebelumnya. Beliau juga menegaskan wang tersebut adalah wang beliau, bukannya wang Dr. Khir seperti yang didakwa oleh Nasir sebelum ini.
Kenyataan Shamsuddin ini mengesahkan dakwaan peguam bela Dr. Khir bahawa Nasir berbohong terhadap jumlah yang beliau terima dan juga kononnya beliau pernah menerima daripada Dr. Khir sebelum bekas Menteri Besar tersebut membeli rumah.

Shamsuddin kemudiannya membuat kenyataan yang menyanggah kenyataan beliau sendiri.
Pada rabu lalu, Shamsuddin membuat kenyataan bahawa beliau mengunjungi rumah Saiful untuk pertama kalinya bersama Dato Sumardi Ismail dan Dr. Mohamad Khir Toyo.
[Ketika itu galeri awam dan para peguam terkejut kerana saksi pertama yang tidak berpihak dan berkepentingan, Saiful Aznil mendakwa Dr. Khir datang bersama isteri di bawa Sumardi ketika datang melihat rumah tersebut namun tidak jadi beli.
saiful menyatakan Empat bulan kemudian Sumardi membawa Shamsuddin untuk melihat rumah tersebut.]

Namun dalam keterangan hari ini, Dato Shamsuddin mendakwa beliau ke rumah tersebut bersama Sumardi sahaja. Setelah melihat rumah tersebut beliau dimaklumkan oleh Sumardi bahawa Dr. Khir turut pernah melihat rumah tersebut dan berminat untuk membelinya.
Jika pada rabu lalu Shamsuddin menyatakan beliau membeli rumah tersebut dengan harga RM 6.5 juta, hari ini beliau menukar kepada kepada jumlah RM 5 juta sahaja.

Beliau menjawab soalan pendakwaraya bahawa beliau membeli rumah tersebut dengan harga RM 5 juta dan membuat pengubahsuaian pada kos RM 1.5 juta. Beliau mendakwa rumahnya bernilai RM 6.5 juta sebelum dijual dengan harga RM 3.5 juta pada Dr. Mohamad Khir.
Namun Nasir sebelum ini mendakwa beliau menerima RM 2.5 juta dari Shamsuddin dan RM 4 juta dari Dr Khir sebelum perubahan nama dari Ditamas kepada Dr. Khir pada 2007.  Kenyataan Shamsuddin ini jika diterima pakai jelas menunjukkan Nasir berbohong di dalam Mahkamah.
Namun jika kenyataan Nasir mahu diguna pakai bermakna kenyataan Shamsuddin pula berbohong. Yang pasti sehingga hari ini hanya  SP1, Saiful Aznil yang memberi jawapan yang tampak benar dan telus berbanding dua saksi lagi.

Niat jahat SP3, Nasir tampak jelas sekali apabila beliau tetap mengatakan wang yang diterima oleh Dr. Shamsuddin ialah wang  Dr. Khir. Mengapa beliau bermati-matian menegaskan ia wang Dr. Khir jika beliau sekadar saksi tanpa sebarang niat jahat. Bukankah beliau sepatutnya menerangkan fakta sahaja?
This post was submitted by lawyer cabuk.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY