'/>








BINTANGOR:MENJELANG  RAMADAN TRAGEDI KEBAKARAN  BERLAKU DI BINTANGOR YANG MELIBATKAN RUMAH  IBUBAPA PELI PENERANGAN DAN MASJID LAMA BINTANGOR...PUNCA KEBAKARAN MASIH BELUM DIKENALPASTI...IBU PELI TELAH DI MASUKKAN KE HOSPITAL...
 
ADA yang tidak kena di sebalik pembebasan MP Sungai Siput, Jeyakumar dan lima lagi tahanan dari pertuduhan Akta Ordinan Darurat yang sebelum ini dikenakan ke atas mereka kerana disyaki mahu memerangii YDP Agong apabila kesemua mereka ini didapati sedang berusaha untuk menghidupkan kembali fahaman komunis yang telah diharamkan di Negara ini.

Di mana kecuaiannya hingga mereka ini terpaksa dibebaskan?Apakah siasatan polis yang longgar atau seperti disebutkan sebelum ini wujud konspirasi pihak-pihak tertentu dalam jabatan polis untuk memalukan kerajaan dan memalitkan lagi malu yang amat besar kepada kementerian Dalam Negeri terutama sekali Menterinya, Hishamuddin Tun Hussien?

Mustahil PDRM yang  dinobatkan antara pasukan polis terbaik dalam dunia melakukan kecuaian hingga pesalah yang disyaki boleh terlepas daripada pertuduhan ataupun diheret ke mahkamah?Atau pasukan polis yang mengetuai siasatan kes ini tidak mempunyai pengalaman kerana mereka hidup ataupun bertugas selepas PKM diharamkan hingga mereka menjadi buta dan keliru untuk menyiasat kes ini hingga ke akar umbi?

Banyak persoalan-persoalan nakal bermain dalam kepala dan paling nakal selain daripada mogok lapar yang kononnya akan dibuat oleh Jeyakumar sedangkan maklumat yang diperolehi Jeyakumar  tidak pun mogok lapar seperti yang diwar-warkan adalah betapa polis kurang cekap dengan latihan siasatan walaupun sebelum itu mereka begitu megah mendedahkan kononnya polis berjaya mematahkan satu gerakan paling merbahaya dalam negara dengan penemuan bukti-bukti yang kesemua mereka itu terlibat dalam gerakan subversif.Nyanyian polis cukup merdu didengar ketika itu!

Satu perkara dan lebih nakal lagi,mungkin ada kalangan pegawai polis yang bertanggungjawab terhadap kes ini memandang ringan mauduk ahli PSM ini untuk menghidupkan kembali fahaman komunis dengan mengkaderkan ahli-ahli baru di kalangan mereka dengan tujuan-tujuan tertentu.

Mustahil tidak ada kes?
Mungkin siasatan polis hanya tertumpu kepada Jeyakumar hingga terlepas pandang untuk menyisat lebih mendalam kegiatan ataupun  pengkhianatan yang dilakukan oleh lima lagi ahli Parti Sosialis Malaysia itu hingga akhirnya polis tidak cukup bukti dan terpaksa membebaskan kesemua mereka. Memang itu adalah hak pois tetapi sebagai rakyat,kecuaian yang polis lakukan ini jika ada tidak boieh kita maafkan dan juga memalukan jabatan serta kerajaan.

Ataupun polis diarahkan untuk membebaskan kesemua tahanan ini walaupun tindakan mereka itu boleh menggangu-gugat keselamatan negara kerana bimbang sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional bertambah merundum di kalangan pengundi India?Jika benar ada arahan begitu, malanglah kepada kita kerana kerajaan sanggup mempertaruhkan nasib dan masa depan negara hanya semata-mata mahu meraih undi dan sokongan bagi memenangi PRU13.

Sia-sialah polis mengumpul segala maklumat dan bukti bilamana akhirnya kesemua tahanan ini terpaksa dibebaskan demi memenuhi tuntutan ataupun tekanan pihak-pihak tertentu sedangkan kita semua tahu isu yang melibatkan kepentingan negara bukan satu isu yang main-main.

Atau polis hanya main-main dalam menyiasat kes ini? Kita sedar,polis juga manusia biasa dan dalam diri mereka ada yang menyokong serta menentang kerajaan.Jika kecuaian siasatan ini atau kegagalan menyediakan kertas pertuduhan yang sempurna sebagai alat bagi membolehkan tahanan PSM ini dibebaskan untuk memalu atau mengkhianati kerajaan,ini adalah satu proses siasatan yang paling tidak bermoral dan bertanggungjawab malah tidak menghormati kerajaan yang sedang memerintah ketika ini,

Tindakan dan keputusan polis tersebut memberikan ruang dan modal yang cukup besar kepada pembangkang untuk mengkritik dan menyelar kerajaan malah kesemua tahanan yang dibebaskan itu telah diangkat sebagai hero dan pasi mereka akan dijaja keseluruh pelusuk dosa sebagai alat baru untuk menyerang kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia.Kalau kerajaan akur kepada keputusan ini bermakna kerajaan sedang memberikan seludang kepada pembangkang untuk menyembelih kepimpinan yang ada.

Barangkali inilah sebahagian polis yang menyokong pembangkang mahu dan untuk kesekian kali lagi, PDRM dan Hishamuddin akan dicerca sebagai menyalahgunakan kuasa serta kerajaan Barisan Nasional akan dicacatkan dengan segala tuduhan-tuduhan buruk oleh pembangkang yang sememangnya sentiasa mencari ruang dan peluang.

Malang sungguh bagi Hishamuddin. dalam saat nama dan jawatannya sedang dicemarkan oleh persepsi buruk kalangan pembangkang, pembebasan tahanan PSM ini sekali lagi menjadikan namanya `harum’ serta menjadi `sebutan’ di kesemua ceramah-ceramah pembangkang sedangkan beliau hanya melaksanakan dasar tetapi dasar-dasar ataupun undang-undang seolah-olah dipermainkan oleh sebilangan pegawai polis yang berkepentingan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Berkaitan pembebasan enam tahanan ini, Hishamuddin memerlukan tongkat ajaib untuk membersihkan namanya dan sekiranya benar terbukti ada kecuaian dalam siasatan polis yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang berkepentingan politik, PDRM perlu bertindak  ke atas pegawai-pegawainya yang cuai sehingga kes sebesar ini boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.

Sehingga ke hari ini. kita masih yakin dan percaya bahawa penyambungan semula kontrak Ketua Polis Negara bukanlah satu tindakan yang bijak oleh kerajaan malah dengan apa yang sedang berlaku dalam PDRM ketika ini membuatkan kita merindui sentuhan tugas Hanif Omar,Rahim Noor dan Norian Mai dan  satu lagi,mengekalkan Peguam Negara hingga ke hari ini juga merupakan satu keputusan yang sukar untuk diterima oleh akal yang waras.

Apakah kesimpulan yang boleh dirumuskan melalui pembongkaran di atas? Sesiapapun pasti akan mengatakan dakwat kekal langsung tidak relevan untuk digunakan pada PRU ke13 kelak. Dakwat kekal bukanlah alat yang efisyen dan selamat sebenarnya!

Bukti di atas menunjukkan dakwat kekal mudah untuk dimanipulasi. Penipuan pengiraan undi dan pengundi dalam pilihanraya Presiden Afghanistan cukup jelas ... ini adalah yang tersurat.

Bagaimana pula dengan apa yang tersirat? ... GWM yakin penjelasan dibawah adalah rekayasa sebenar BERSHIT 2.0 hasil gabungan idea kotor Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Ambiga dan parti pembangkang!



SITUASI DIMANA SPR MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL PADA PILIHANRAYA UMUM KE-13 HASIL DESAKAN PEMBANGKANG


SITUASI PERTAMA - Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat memenangi PRU-13.

Pastinya Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Ambiga akan berada di saf hadapan bersorak dan mendabik dada bahawa cadangan mereka untuk menggunakan dakwat kekal adalah tepat. Kerajaan BN akan dituduh untuk cuba lari dari kenyataan dengan kekalahan yang menimpa.

Hasrat Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7 sudah tercapai melalui isu penggunaan dakwat kekal.



SITUASI KEDUA - Bagaimana jika Pakatan Rakyat kalah pada PRU-13.

GWM cukup yakin pihak pembangkang akan mula menggunakan taktik kotor dengan cara memerangkap kerajaan BN dan SPR!

Cukup mudah ... penipuan pada pilihanraya Presiden Afghanistan tahun 2004 dan 2009 akan dijadikan hujah, bukti kukuh yang dibangkitkan oleh pembangkang melalui isu penggunaan dakwat kekal.

BN dan SPR akan dituduh menggunakan dakwat kekal yang mudah dibasuh hanya dengan menggunakan peluntur (bleach) atau hanya dengan air biasa.

Rekayasa pembangkang bermula dengan penerbitan artikel di media-media alternatif, blog-blog pembangkang dan rangkaian video youtube menunjukkan bagaimana dakwat kekal mudah dibasuh dan dimanipulasi oleh BN dan SPR, sama seperti apa yang ditunjukkan melaui video klip di atas.

Pembangkang akan menggunakan isu di atas kononnya manipulasi dan penyelewengan dakwat kekal seperti yang berlaku di Afghanistan diaplikasikan oleh BN dan SPR.

Kerajaan BN dan SPR akan dituduh melakukan penyelewengan dan penipuan pada pilihanraya umum ke-13. Dan pada masa ini, pembangkang mula menggunakan media-media luar antarabangsa untuk memberi tekanan kepada pihak kerajaan dan SPR.

Campurtangan pihak luar dan tekanan diperingkat antarabangsa akan lebih mudah mencapai 'matlamat menghalalkan cara' dan menyebabkan berlaku apa yang diidam-idamkan oleh Anwar Ibrahim ...

sumber:wangsamaju

KUCHING: Polis masih belum membuat sebarang keputusan terhadap permohonan oleh pertubuhan Movement For Change Sarawak (MoCS) untuk mengadakan perhimpunan "A Walk For Democracy and Reforms" di sini pada 13 Ogos nanti.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong, berkata ketika ini permohonan permit oleh MoCS masih dalam kajian dan keputusan mengenainya akan mengambil kira pelbagai faktor, seperti penganjurannya yang dirancang di bulan puasa, sentimen orang ramai dan keselamatan.
"Kami akan lihat kepada pelbagai aspek, tapi ketika ini kami masih mengkaji permohonan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.

beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila keputusan mengenai permohonan itu akan diberikan.

Sebelum ini ketua MoCS, Francis Siah, dilaporkan berkata perhimpunan baju merah yang dirancang itu akan bermula sama ada di Padang Merdeka atau Tebingan Sungai Kuching sebelum berakhir di Reservoir Park atau dekat Muzium di sini.

Katanya, perhimpunan itu tidak bermotif politik kerana ia tidak pernah meminta sokongan dari mana-mana parti politik.

Rancangan MoCS itu bagaimanapun mendapat bantahan beberapa pihak, antaranya 24 pemimpin pemuda peringkat akar umbi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang mendesak beliau membatalkann hasrat itu bagi menghormati bulan Ramadan, manakala Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menggambarkan ia sebagai usaha mengenepikan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada beliau dan Barisan Nasional untuk mentadbir negeri.
Terdahulu dalam ucapannya, Mun berkata walupun Kadar Indeks Jenayah Kuching dari Januari hingga Jun lalu menunjukkan trend menurun berbanding tempoh sama tahun lalu, jenayah curi kenderaan dan pecah rumah di bandar raya Kuching masih menunjukkan trend meningkat. - BERNAMA











Sekumpulan 50 lelaki yang mendakwa rakan dan penyokong mendiang Teoh Beng Hock hari ini mendesak Anggota Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, supaya meletakkan jawatan kerana didakwa bertanggungjawab terhadap kematian bekas pembantu politiknya itu.

Kumpulan itu mengadakan demonstrasi sambil membawa poster di Dewan Serbaguna Seri Kembangan di sini pada 11.45 pagi semalam tetapi diarah bersurai oleh polis yang tiba tidak lama kemudian.

Seorang daripada mereka, Allan Liew Sin Kim, memberitahu pemberita bahawa Ean Yong telah berlaku kejam terhadap Teoh dan tidak memberikan pembelaan yang adil kepada bekas pembantunya itu.

“Perhimpunan ini bertujuan menuntut keadilan bagi keluarga Teoh yang telah kehilangan seorang anak yang baik serta pekerja yang sentiasa menurut perintah,” katanya.

Teoh, 30, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, Selangor, pada 16 Julai, 2009, selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh dalam laporannya yang dikeluarkan Khamis lepas menyatakan bahawa Teoh membunuh diri akibat tertekan semasa sesi soal siasat.
SUMBER:brojinggo
Pulau Pinang dikejutkan dengan tulisan-tulisan anti-Lim Guan Eng DAP di beberapa tempat di sekitar Pulau Pinang.


Apakah tulisan-tulisan itu sebagai tanda protes terhadap Lim Guan Eng?




Yang terbaru ialah kebanyakan tulisan-tulisan tersebut telah dipadamkan, berkemungkinan besar di atas arahan KM Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP merangkap kroni Lim Kit Siang DAP.

Tetapi Lim Guan Eng mesti ingat, tulisan-tulisan itu boleh dipadamkan tetapi parut di dalam hati tidak akan hilang dan akan kekal buat selama-lamanya!
sumber:MiM

Bintangor:
Buat pertama kali dalam sejarah Bintangor Pusat Khidmat Masyarakat bagi ADUN N40 Meradong telah berjaya beroperasi .Walaupun pada mulanya mendapat pelbagai halangan untuk menjayakan pusat khidmat ini namun atas kesabaran dan semangat kukuh telah berjaya mengatasi semua halangan ini.

Walaupun masih banyak perkara yang perlu diperbaiki tapi kegigihan ahli Pemuda PBB N40 Meradong yang diketuai oleh Saudara Helmi Morsili berjaya menubuhkan pusat khidmat ini.
Pusat khidmat ini terletak di Tingkat 1 jalan Teo kin Ngo.
Ucapan jutaan terima kasih kepada Dato Sri Haji Mohd Asfia ,Datuk Hazmi Hasnan dan YB Encik Abdullah Saidol ADUN N36 Semop kerana telah menghulur bantuan terhadap pemuda Meradong untuk membina Pusat khidmat ini.


Selain itu saudara Helmi juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembinaan pusat khidmat ini.
BAGAN DATOH, 23 Julai – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi amaran bahawa kementerian itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus memanipulasi fakta kononnya terdapat penyelewengan dalam pembelian dua kapal selam ‘Scorpene’ dari Perancis.
Beliau berkata pihaknya telah berulang kali menjelaskan isu berhubung pembelian dua kapal selam itu di Parlimen bahawa ia dilakukan secara telus.
“Sekiranya Dr Kua (Kia Soong) dan Suaram membawa peguam dari Perancis, Willian Bourdon untuk mendakwa kerajaan Malaysia di mahkamah Perancis, kita juga akan mendakwa Dr Kua sekiranya terdapat bukti ada fakta yang dimanipulasikan,” katanya selepas merasmikan Sepakat Komuniti 1Malaysia daerah Hilir Perak di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kehadiran peguam Perancis William Bourdon di Pulau Pinang pada majlis penerangan berhubung perkembangan terbaru dalam siasatan perjanjian pembelian kapal selam itu antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan DCNS yang berpangkalan di Perancis.
“Penasihat undang-undang Kementerian Pertahanan sedang meneliti fakta-fakta dalam buku tulisan Dr Kua yang diselewengkan mengenai aset-aset pertahanan untuk membolehkan beliau diambil tindakan mahkamah,” katanya.
Katanya Dr Kua yang juga pengarah Suaram sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu untuk menghentam kerajaan

Hari ini 23 Julai 2011 adalah hari kelahiran YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ke 58.

Semoga Datuk Seri Perdana Menteri dipanjangkan umur dan diberikan kesejahteraan dan kekuatan untuk terus memimpin negara ini yang sedang diganggu gugat oleh dakyah Pakatan Pembangkang tanpa henti mahu meranapkan keharmonian Malaysia yang telah terbina selama berpuluh puluh tahun…

Salam Buat Datuk Seri Najib Buat Datuk Seri Najib.

KUALA LUMPUR 21 Julai — Cadangan Majlis Peguam agar badan bukan kerajaan (NGO) turut dibenarkan menganggotai senarai jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini dilihat hanya akan menjatuhkan imej SPR.
Menurut beberapa penganalisis, sebagai sebuah badan yang dipertanggungjawab untuk menguruskan perjalanan sistem pilihan raya, SPR harus bebas dari sebarang kecenderungan politik.

Agak sukar untuk melihat sama ada NGO benar-benar bebas atau mempunyai agenda tersendiri.
Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, sistem yang diguna pakai SPR boleh ditambah baik, tetapi dengan kemasukan wakil-wakil NGO yang mempunyai kepentingan tersembunyi, ia hanya akan mengkucar-kacir sistem pentadbiran SPR.

"Usaha penambahbaikan bukanlah bermaksud menambah jumlah ahli di dalam SPR, tapi mungkin boleh diperbaiki prosedur atau diberikan idea-idea yang segar dan logik, tidak semestinya menjadi panel SPR.
"Jika Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dipilih menjadi ahli panel SPR, bagaimana pula dengan hak NGO lain di Malaysia,” katanya kepada Bernama bagi mengulas cadangan Majlis Peguam supaya keahlian jawatankuasa SPR turut diperuntukkan kepada wakil NGO. - Bernama
Majlis Peguam bagi nasihat kepada SPR agar menyertakan NGO ke dalam Suruhanjaya tersebut bagi memastikan SPR lebih telus dan lebih adil. Sekaligus semakin jelas menunjukkan badan tersebut sudah sampai ke tahap matang untuk didaftarkan sebagai PARTI LOYA MALAYSIA.

Kecenderungan berpolitik Majlis Peguam sememangnya sangat ketara. Majlis Peguam sudah hilang kebebasan dan tema untuk menjaga kepentingan ahli yang terlibat dalam bidang guaman. Sebaliknya Majlis Peguam menjadi salah satu entiti yang bercakap bagi pihak Pakatan Rakyat.

Justeru, apa kasta Majlis Peguam untuk memberikan nasihat kepada SPR untuk kelihatan lebih adil dan telus, jikalau Majlis Peguam sendiri sudah dicemari dengan taik-taik Pakatan Rakyat yang bukan sahaja cirit dan melekit, bahkan kohong dan masam bacin!!!

Cadangan Majlis Peguam itu ialah merujuk desakan agar BERSIH menjadi sebahagian daripada SPR. Agak aneh, BERSIH yang merupakan pertubuhan haram dan didalangi oleh ahli-ahli politik dari Pakatan Rakyat, dikatakan dapat menjadikan SPR lebih telus dan lebih bersih? Para pemimpin politik dalam BERSIH itu sendiri sedang mencari-cari kaedah untuk mendapatkan kemenangan dalam PRU13 nanti dengan cara mudah, Majlis Peguam kata, penyertaan BERSIH akan menjadikan SPR lebih bersih?

Dan dalam BERSIH itu sendiri terdapat 62 NGO yang mendukungnya selain Pakatan Rakyat. Daripada 62 NGO tersebut, hanya 2 NGO yang dikaitkan dengan Islam iaitu JIM dan IKRAM. BERSIH 2.0 dikuasai oleh NGO Kristian dan Hindu!

Itu sahaja sudah cukup untuk menimbulkan kontroversi dan seribu satu macam pertanyaan.

Dah sememangnya Majlis Peguam layak sangat-sangat untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik dan menjadi komponen keempat Pakatan Rakyat menggantikan SNAP yang dah keluar dari gabungan PKR-DAP-PAS itu dalam tempoh tidak sampai tiga bulan bergabung untuk PRN Sarawak!

Lagipun Pakatan Rakyat sendiri adalah parti peguam-peguam hebat... Karpal Singh, anak-anak lelakinya, Sivarasa, Sankaran, N.Surendran dan nama-nama yang lain... sudah tentu apabila Majlis Peguam menjadi parti politik, lebih ramai peguam yang boleh digabungkan untuk memutarbelitkan pelbagai isu.

Bukankah KEPAKARAN PEGUAM adalah memutarbelitkan fakta bagi memastikan kemenangan anak guamnya? Dan bukankah motif utama peguam dalam berkerjaya mereka adalah wang? Kalau bukan kerana wang, takkanlah peguam-peguam yang berjaya mengalahkan FELDA, dapat bahagian lebih banyak berbanding peserta-peserta FELDA yang menyaman FELDA selepas peguam-peguam FELDA tidak datang untuk mempertahankan majikan mereka?

Memang elok benarlah Majlis Peguam jadi parti politik... dan tidak layak langsung untuk Majlis Peguam memberi nasihat kepada SPR atau mana-mana pihak untuk berlaku adil serta telus kerana tindakan sebegitu, ibarat mengajar lembu mengiau, dan mengajar babi menyalak!
SUMBER:THEFLYINGKICK

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Barisan Nasional (BN) bukan sahaja gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen malahan turut terlepas genggaman kuasa di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor serta gagal menawan kembali Kelantan.

Sejak pilihan raya umum berkenaan, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan daripada jumlah itu BN menang lapan kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) (tiga kerusi), DAP (satu kerusi) dan PAS (empat kerusi).

 
Berdasarkan rekod itu, ia jelas membuktikan bahawa pilihan raya di negara ini berjalan secara bersih, telus dan adil.

Oleh itu, adalah sesuatu yang aneh apabila pembangkang secara tiba-tiba mahu mengadakan perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini kononnya bagi menuntut pilihan raya diadakan secara bersih dan adil.

Sebenarnya, perhimpunan itu bukanlah untuk memberi manfaat kepada rakyat sebaliknya mempunyai agenda politik yang tersembunyi.

Pembangkang amat memahami bahawa kedudukan mereka bukanlah lagi selesa seperti mana tahun 2007.

Pada tahun berkenaan, mereka begitu mendabik dada kerana amat memahami sentimen rakyat kepada kerajaan BN ketika itu.

 
Dengan pelbagai kemelut yang berlaku dalam pentadbiran BN, pembangkang mengambil kesempatan untuk membakar semangat rakyat supaya bangkit menumbangkan kerajaan BN.

Dan ketika itu juga mereka bernasib baik kerana rakyat masih belum mampu melihat sejauh mana keupayaan pembangkang apabila diberi kuasa, maka dalam keadaan perasaan tidak puas hati memuncak, pembangkang turun ke jalanan menuntut pilihan raya bersih, telus dan adil.

Kesudahannya wujudlah undi protes yang hampir menumbangkan kerajaan BN.

Kali ini, pembangkang berharap membakar lagi semangat rakyat yang kononnya dicanangkan semakin menyebelahi mereka.

Gendang pilihan raya umum yang “sayup-sayup” mula kedengaran dijadikan alasan untuk pembangkang turun ke jalanan pada 9 Julai ini.

Sebenarnya, tujuan pembangkang berbuat demikian adalah bagi menutup segala kemelut yang melanda pakatan mereka dan kerisauan berhubung prestasi kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pembangkang kini berhadapan bukan sahaja dengan masalah moral pemimpinnya tetapi paling ketara ialah melaksanakan mandat yang diberikan oleh rakyat di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka.

Mereka bukan sahaja gagal menunaikan berpuluh-puluh janji di dalam manifesto pilihan raya umum 2008, malahan berlaku banyak masalah yang menyusahkan rakyat di negeri-negeri yang dikuasai.

Selain itu turut menghantui pembangkang ialah kegagalan ahli Parlimen mereka memainkan peranan yang berkesan di Dewan Rakyat.

Mereka hadir ke Parlimen bukannya untuk memperjuangkan agenda rakyat tetapi lebih banyak mahu berpolitik, akibatnya suatu ketika Dewan Rakyat menjadi “hiruk-pikuk”.

 
Apa yang lebih membimbangkan pembangkang ialah gaya kepimpinan Najib yang dilihat semakin diterima oleh rakyat dan meningkatkan semula imej BN.

Satu demi satu langkah yang dilakukan oleh Najib bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan membawa kemakmuran kepada negara bagaikan mimpi ngeri yang menghantui pembangkang.

Perkara yang paling ditakuti oleh pembangkang ialah kejayaan gagasan 1 Malaysia yang kini cukup popular sehingga pembangkang “mengharamkan” penggantungan logo itu di Selangor.

Gagasan itu seolah-olah membantutkan usaha pembangkang untuk terus meniupkan politik perkauman seperti mana diamalkan oleh DAP dan mendorong kejayaan PKR dalam pilihan raya umum lalu.

Selain itu, mereka juga seolah-olah “ngeri” dengan konsep walkabout yang dipopularkan oleh Najib dan dilaksanakan dengan berjaya oleh pemimpin-pemimpin BN terutamanya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia kerana ketika pemimpin-pemimpin pembangkang sedang bergelut dengan kelemahan mentadbir kerajaan negeri di bawah penguasaan mereka dan turun naik mahkamah kerana kes moral, pemimpin-pemimpin BN semakin popular di kalangan rakyat.

Pembangkang bimbang perolehan undi popular sebanyak 3,796,464 atau 49.4 peratus yang diraikan pada tahun 2008 tidak akan berulang lagi.

Faktor-faktor inilah yang mendorong pembangkang kini mengatur strategi untuk turun ke jalanan pada 9 Julai ini bagi menutupi segala kelemahan dan kepincangan yang sedang melumuri parti-parti mereka.

Walaupun pembangkang mengetahui bahawa perhimpunan pasti akan mendapat tentangan daripada pihak berkuasa, mereka tidak akan peduli itu semua.

Sebaliknya mereka akan “bergembira” apabila imej Malaysia akan tercalar akibat huru-hara yang mungkin berlaku akibat demonstrasi jalanan berkenaan.

Selain itu, apa yang penting bagi mereka ialah mesej kepada rakyat bahawa jika mereka kalah dalam pilihan raya nanti, ia kononnya berpunca daripada kurangnya ketelusan dan keadilan dalam pelaksanaannya.

Manakala huru-hara yang akan tercetus berikutan demonstrasi itu bukan salah mereka, sebaliknya akan dituding jari kepada pihak polis.

Inilah mainan dan helah politik pembangkang yang jelas dari semasa ke semasa semakin berani melakukan tindakan-tindakan yang bertujuan bagi mencapai cita-cita mereka menguasai Putrajaya.

Pembangkang sememangnya terlalu teruja menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana menganggap ia seolah-olah peluang keemasan untuk menumbangkan kerajaan BN.

Semua itu berlaku kerana ramai pemimpin pembangkang sekarang sudah lanjut usia dan mengharapkan pilihan raya umum akan datang tercapai cita-cita mereka memimpin Kerajaan Pusat.

Malahan mereka masih lagi dibuai mimpi bahawa majoriti rakyat masih lagi mempunyai sentimen pilihan raya umum 2008.

Justeru mereka akan berusaha menggerakkan apa juga usaha bagi meraih sokongan rakyat dan dalam masa yang sama memburuk-burukkan imej kerajaan BN.

Atas sebab itulah perhimpunan Bersih yang dirancangkan tidak mempunyai niat murni apatah lagi bersih, sebaliknya terpalit dengan seribu mainan politik yang menjijikkan semata-mata kerana terlalu mahu berkuasa.

Adalah diharapkan rakyat akan menilai sikap pembangkang dengan sebaik-baiknya. Mereka boleh menilai sikap pembangkang melalui corak pemerintahan di negeri-negeri ini yang dikuasai oleh pakatan tersebut.

Kajilah bagaimana apabila mereka menang dalam sesuatu pilihan raya itu ia dianggap tidak ada masalah, tetapi apabila mereka kalah atau berada di ambang kekalahan mulalah hendak mengatur strategi bagi menutupi kelemahan sendiri.

Begitulah juga himpunan Bersih yang bakal diadakan, ia dilakukan kerana pakatan pembangkang memahami bahawa populariti mereka semakin merudum.

Segala-galanya bukan kerana orang lain tetapi disebabkan sikap mereka sendiri yang begitu ghairah hendak berkuasa tetapi apabila diberi kuasa bagaikan “kera dapat bunga” atau ibarat “tikus baiki labu”. — Utusan Malaysia
sumber:tunfaisal
Kepada sesiapa sahaja yang melihat kereta hilux merah bernombor QSF2223 sila laporkan kepada pihak polis berdekatan.Ini berkaitan kes langgar lari di Bintangor.Kerjasama daripada semua dialu-alukan.

posted from Bloggeroid

 

Kemarahan yang tak dapat aku bendung melihat kenyataan-kenyataan dangkal anak negarawan ini.

Adakah Marina Mahathir tidak pernah belajar daripada kejatuhan Pak Lah dari jawatan Perdana Menteri?

Tidakkah Pak Lah cuba berbaik dengan semua orang termasuk Anwar Ibrahim dah lihatlah kesannya. Anwar Ibrahim sendiri yang mencerca orang yang telah membantunya dalam setiap ceramah politiknya. Anwar Ibrahim sendiri yang mengumpulkan para perusuh jalanan untuk menjatuhkan Pak Lah. Adakah cara berbaik berkesan untuk musuh seperti Anwar Ibrahim.

Adakah golongan yang merusuh di jalanan boleh Marina panggil ORANG RAMAI sedangkan jutaan majoriti senyap tidak ke mana-mana kerana akur kepada arahan Kerajaan?

Hanya samseng berani mengingkari arahan polis. Dan samseng ini bukan sahaja ada di Malaysia malah seluruh dunia. Perlukah BN menang dengan sokongan samseng?

Samseng di Eropah
sumber:mymassa


Exco Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Nor Adam hari ini menyelar Puak PAS yang menarik balik cadangan larangan ke atas pusat hiburan daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadhan. 

"Akhirnya PAS terbukti sebagai Parti yang berkiblatkan DAP. Dalam kenyataan Hj Hadi tadi, beliau menegaskan bahawa PAS tarik balik larangan pusat hiburan beroperasi pada bulan ramadhan." 

"Dulu beria beria nak tutup semua pusat hiburan jika dapat memerintah. Sekarang tutup bulan ramadhan pun tak boleh takut DAP marah." 

"Amat menyedihkan. Lain kali jangan janji perkara yg tak mampu kamu lakukan." Kata Lokman. 

PAS sudah tidak lagi memperjuangkan Islam demi menjaga hati parti sekutu mereka. Pas lebih Takut DAP dari Allah. Fikir fikirkanlah...
sumber:brojinggo 

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ‘buaya darat’ mungkin tidak akan melupakan pembalasan diterimanya selepas kemaluannya nyaris dipotong oleh waris enam daripada 10 gadis, kebanyakannya siswi institusi pengajian tinggi (IPT) dari sekitar Lembah Klang yang pernah diperdaya, termasuk diragut ‘kesucian’, sejak dua tahun lalu.
Malah, sebagai balasan atas perbuatan durjananya terhadap gadis berkenaan sebelum ini, gambar lelaki terbabit dalam keadaan berbogel turut dirakam untuk menyedarkannya dan memastikan dia tidak mengulangi tindakan sama. 
Dia yang berusia lingkungan 30-an dan dipercayai mengamalkan pelbagai ajaran dan ilmu kebatinan berkaitan wanita, akhirnya kecundang selepas waris keenam-enam keluarga terbabit berpakat ‘menuntut pembelaan’. 

Akibatnya, 15 telefon bimbit mengandungi pelbagai gambar bogel gadis ditidurinya dibuang, manakala dia dibogelkan di satu kawasan sebelum kemaluannya cuba dipotong, selain beberapa barangan pelik miliknya dirampas.


Bagaimanapun, kejantanan lelaki terbabit tidak diusik apabila ada ahli keluarga mangsa enggan melampaui undang-undang, selain memikirkan nasib isteri dan dua anaknya yang masih bergantung hidup kepadanya.
Wakil kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai Haji Ali, 45, (bukan nama sebenar) berkata, mereka mengambil tindakan sendiri selepas berbincang dan mendapati kesukaran menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa kerana dakwaan mangsa diperkosa sukar dibuktikan disebabkan kebanyakannya mengikut lelaki itu ke hotel secara sukarela. 

Oleh kerana khuatir ramai gadis lain akan menjadi mangsa, katanya, gadis yang pernah menjadi mangsa lelaki itu bertekad ‘memberi pengajaran’ kepadanya, terutama selepas dara mereka diragut dan wang dibekalkan keluarga dihabiskan lelaki itu. 

Mereka mengupah sekumpulan samseng sambil dibantu ahli keluarga masing-masing menjejaki lelaki itu sebelum terserempak dengannya berhampiran sebuah hotel di Cheras ketika suspek dalam perjalanan ke hotel bersama seorang gadis lain. 

Dalam kejadian jam 8 malam Khamis lalu itu, kereta lelaki terbabit dihalang sebelum dia dipaksa turun dan dibawa ke satu tempat untuk ‘disoal siasat’ akibat perbuatan dilakukannya sebelum ini. 

“Ketika disoal, lelaki yang bekerja sebagai peniaga aksesori telefon itu mengaku memperdaya sekurang-kurangnya 10 gadis, semuanya melalui laman sosial Facebook. 

“Kebanyakan mangsa adalah siswi dan mereka yang bekerja, dan kegiatannya dilakukan sejak dua tahun lalu selepas dia dipercayai mengamalkan pelbagai ilmu kebatinan berdasarkan barangan yang ditemui dalam kereta,” katanya. 

Menurutnya, lelaki berkenaan bernasib baik kerana ada ahli keluarga gadis yang menjadi mangsa berfikiran rasional dan memikirkan masa depannya, malah ketika disoal, dia mengaku akan bertaubat dan tidak akan mengulangi perbuatan sama. 

“Memang dia boleh menipu kami jika dia mahu, tetapi dia harus ingat kami juga boleh mencarinya jika kami mahu seperti yang berlaku pada malam kejadian,” katanya. 

Seorang mangsa, Nurhaslinda Omar, 25, (bukan nama sebenar) berkata, dia bertindak nekad mencari kenalan lelaki berkenaan melalui laman sosialnya sebelum mereka berhubung antara satu sama lain selepas geram dengan apa yang berlaku terhadapnya. 

“Selepas mengambil barangan berharga seperti barangan kemas, kad bank dan juga wang tunai, saya ditinggalkan begitu saja, malah beberapa kenalan ditemui dalam laman sosialnya turut mengalami nasib sama. 

“Selain ‘dikikis’, kami dijadikan mangsa memuaskan nafsu, malah ada antara kami dirakam gambar mereka sebagai bahan pornografi, menyebabkan kami akhirnya sepakat untuk ‘bertindak’ dan memaklumkan keluarga. 

“Saya percaya dia menggunakan barangan bagi tujuan memukau gadis supaya menurut segala kemahuannya meskipun pertama kali bertemu,” katanya. 

Yang pasti, katanya, lelaki berkenaan menjadikan Facebook sebagai ‘lombong’ mencari gadis cantik atau golongan berada berdasarkan profil yang biasanya tertera pada laman sesawang itu. 

“Pada awal perkenalan, si gadis akan ditabur dengan timbunan wang ringgit disimpan pada but kereta supaya pandangan gadis dikaburi wang ringgit dan akur menemani dia bergembira, namun selepas dia puas bersama mereka, dia pasti meninggalkan si gadis,” katanya.

sumber:mymetro











posted from Bloggeroid

 
SHAH ALAM 14 Julai – Kerajaan dicadangkan agar mempertimbangkan tindakan melucutkan kerakyatan mana-mana individu atau pihak yang cuba mencetuskan revolusi dengan memburuk-burukkan negara ini.

Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. P.Sivamurugan berkata, ia antara langkah bagi memastikan asas perpaduan, keharmonian dan kesejah teraan antara kaum di negara ini dapat dikekalkan pada masa depan.

Beliau berpendapat, pihak yang mahu mencetuskan revolusi atau sebagainya sehingga merosakkan negara dan rakyat sudah tidak lagi mempunyai semangat serta nilai nasionalisme.

“Maka saya fikir adalah lebih baik kerajaan melucutkan kerakyatan mereka yang terlibat kerana golongan ini sebenarnya tidak lagi mempunyai kesetiaan kepada negara ter masuklah tidak lagi mendokong Perlembagaan dan melihat kepentingan rakyat secara keseluruhan,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas memberikan ucapan selaku salah seorang ahli panel dalam Program Rapat 1Malaysia bersama para pesara dan warga emas anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND) di sini hari ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengarah IN MIND, Abdul Shukor Idrus dan turut dihadiri Ketua Pengarah Jasa, Datuk Fuad Hassan; Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam dan Pengarah Jasa negeri, Muzammir Bakron.


Pada masa sama, Sivamurugan turut menyarankan kepada pihak yang tidak berpuas hati dengan keadaan negara ini dan cuba mencetuskan situasi tidak aman agar memohon sahaja kewarganegaraan negara lain.

Sementara itu, Ramlah ketika di temui mengingatkan rakyat negara ini supaya bijak menilai tindak-tanduk pihak-pihak yang mahu mencetuskan revolusi di negara ini ke rana sejak merdeka sehingga kini, negara aman dengan rakyat pula hidup dalam perpaduan.
sumber:melanau blogger
Pembinaan surau baru kampung Bintangor mendapat rintangan apabila pemilik tanah enggan menjual tanah.Walaupun rundingan telah dibuat dengan tuan punya tanah tetapi beliau masih berdegil.Beliau bercadang untuk membuat projek pembangunan di kawasan berkenan.Menurut info yang admin MT terima pihak surau dan JAIS masih berusaha menjayakan projek pembinaan Surau Baru ini.Kita sama doakan semoga mereka berjaya.

posted from Bloggeroid



KUCHING: Gerakan Mengubah Sarawak (MoCS) wajar ‘mengukur baju di badan sendiri’ sebelum mempertikaikan amalan demokrasi di Sarawak.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, MoCS perlu sedar kedudukannya sebagai pertubuhan tidak berdaftar yang tidak layak mempersoalkan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini secara keseluruhannya.
Katanya, MoCS tidak mempunyai mandat untuk memerintah tetapi cuba bercakap mengenai transformasi Sarawak.
“Sebelum itu siapa MoCS ini? Difahamkan ia satu organisasi tidak berdaftar pun.
“Kita (Barisan Nasional) telah pun memenangi 55 daripada 71 kerusi dalam pilihan raya negeri lalu dan ini diadakan menerusi proses demokrasi pilihan raya, jadi MoCS harus sedar siapa mereka,” tegasnya.
Beliau diminta mengulas kenyataan dalam sebuah blog mengatakan MoCS akan mengadakan rapat umum bertema ‘Berjalan untuk Demokrasi dan Reformasi’ pada 13 Ogos ini di Kuching.
Awang Tengah berkata, rakyat telah pun membuat pilihan dalam pilihan raya negeri lalu dan mandat sepenuhnya diberikan kepada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri.
“Siapa yang mempunyai kuasa dalam menentukan pemerintahan dalam pilihan raya, yang kita amalkan melalui demokrasi. Pihak yang berkuasa adalah rakyat, diterjemahkan menerusi pilihan raya.
“Keputusannya kita sudah tahu, berbanding MoCS adalah (badan) tidak berdaftar. Jadi mereka harus sedar diri,” katanya.
Pemimpin pergerakan itu, Francis Siah yang ditemui di Kuala Lumpur Ahad lepas memberitahu keputusan telah dibuat untuk menukar tema asal perhimpunan yang anti-Taib.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, MoCS sepatutnya mempunyai pendirian sendiri mengenai tujuan sebenar rapat umum yang bakal mereka lakukan pada 13 Ogos ini.
Beliau menyifatkan Francis masih keliru dengan perjuangannya itu apabila beliau menukar tujuan rapat umum yang pada dasarnya diadakan untuk meminta ketua menteri meletak jawatan tetapi kini beralih kepada ‘Berjalan untuk Demokrasi dan Reformasi’.
“Saya ingatkan MoCS dan Francis akan mengadakan rapat umum untuk meminta ketua menteri meletak jawatan tetapi kini bertukar kepada untuk demokrasi dan reformasi.
“Adalah lebih baik beliau mempunyai pendirian mengenai tujuan rapat umum itu. Jangan jadi seorang yang keliru dengan perjuangan sendiri,” katanya menerusi SMS kepada Utusan Borneo.
Menurut Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) Negeri itu, Francis dan MoCS sepatutnya menukar tema rapat umum mereka itu kerana ketua menteri adalah sememangnya telah dipilih secara sah oleh rakyat.
“Kita tunggu dan lihat sama ada, ada atau tidak orang yang akan menyahut seruannya.
“Saya berasakan rakyat Sarawak bijak dan tidak mudah terpedaya dengan paria seperti Francis,” tegasnya.
Katanya, Francis masih lagi kabur dengan seruan rapat umumnya yang pertama tetapi kini cuba untuk membuat pindaan.
sumber:borneopost

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY