'/>

Sikap dingin Nasharudin Mat Isa

[Oleh Shazwan Mustafa Kamal
December 20, 2011
SHAH ALAM, 20 Dis — Sikap ‘dingin’ Nasharudin Mat Isa dan Datuk Dr Hasan Ali terhadap PAS sejak kebelakangan ini dikatakan ekoran kekecewaan mereka gagal dalam pemilihan Jun lalu selain ketiadaan pencalonan untuk mempertahankan kerusi negeri, demikian menurut beberapa pemimpin hari ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman dan timbalannya Khalid Samad mendakwa kedua-dua Hasan dan Nasharudin mengambil sikap tidak mahu dihubungi dan tidak memberi respons kepada usaha pemimpin-pemimpin parti itu yang cuba berhubung dengan mereka.

Khalid berkata adalah sesuatu yang mengejutkan kerana Nasharudin dan Hasan membuat kecaman-kecaman keras terhadap PAS, di mana-mana kedua mereka menyokong prinsip-prinsip dan hala tuju parti Islam itu sebelum ini.

“Ada tanda soal di sini. Kami faham kekecewaan tewas dalam pemilihan. Tetapi, ia tidak harus menjadi satu isu,” katanya.

“Nasharudin merupakan seorang pemimpin parti sebelum ini. Mengapa serang sekarang? Tiada bukti yang konkrit,” kata Khalid (gambar) pada sidang media di sini hari ini.

Nasharudin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden pada pemilihan Jun lalu.

Nasharudin bersama Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, disebut-sebut akan digugurkan daripada mempertahankan kerusi masing-masing.

Hasan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-selangor-dakwa-nasharudin-hasan-serang-parti-kerana-kecewa/

*Selagi riwayat politik Dr. Hasan Ali dan Ustaz Nasha tak mati, selagi tu mereka jadi sasaran geng Erdogan. Sasaran utama mereka sudah pasti Presiden PAS.
sumber:mymasa

posted from Bloggeroid

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY