'/>
Orang Gila naik isim dengan memecah cermin public Bank Bintangor...












posted from Bloggeroid


Zoom In - Jelas kelihatan seutas rantai di leher DS Najib Tun Razak.
Wahai saudara pembaca sekalian, walaupun saya seorang penyokong kerajaan. Tetapi saya tidak berminat membuat penafian kosong semata-mata dengan melemparkan pelbagai tuduhan kerana tindakan tersebut persis tindakan Anwar Ibrahim yang sentiasa menuduh kerajaan setiap kali beliau melakukan kesalahan.

Kita menuduh pembangkang super-impose, ada pula yang kata Najib Razak bukan memakai rantai sebaliknya memakai 'Ear-Piece' sejenis alat yang disambung ke walkie-talkie yang biasa digunakan oleh pengawal-pengawal VVIP.

Untuk lebih adil jom kita buat sedikit penyelidikan.

Kita 'zoom-in' dengan lebih dekat lagi foto DS Najib Tun Razak :

Foto ketika majlis pengagihan BR1M.
Kita 'zoom-in' pula foto ketika PM DS Najib Tun Razak merasmikan Hari Belia 2012 :

Foto ketika perasmian Hari Belia 2012.

Ianya bukan 'super-impose' ianya juga bukan 'Ear-Piece' ianya adalah seutas rantai. Jadi ingin saya katakan bahawa BENAR, PM DS Najib Tun Razak mengamalkan pemakaian rantai.

Mengikut maklumat yang diperolehi, PM Najib Tun Razak mengamalkan pemakaian sejenis loket kesihatan magnet'Quantum Solar Energy' bagi mencegah darah tinggi (hypertension), sinus, strok, kencing manis (diabetes), cataract, asma, penyakit kulit, lemah tenaga depression, chronic fatigue syndrome, sakit tulang, athritis, sakit otot, ketagihan rokok, hairloss, sakit sendi, ketagihan alkohol.

Rantai dan loket magnet Quantum Solar Energy 

Benar terdapat hadis yang mengatakan HARAM seseorang lelaki memakai rantai, serta menyerupai wanita. Tak percaya boleh tanya Ustaz Azhar Idrus. Lalu dengan bermodalkan sepotong hadis serta ditambah sedikit bahan perencah fitnah, pembangkang segera memainkan peranan mereka memfitnah.

Kononnya Najib Razak menyerupai wanita bla..bla..bla...

Persoalannya bolehkah seorang lelaki Islam memakai rantai...?

Itu kita kena tanya dengan Majlis Fatwa Kebangsaan...

Pada tahun 2008 Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan :

Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:

i. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).

ii. Tidak terdapat unsur najis padanya.

iii. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.
iv. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.
Sekarang kita ambil 2 bahagian iaitu nombor 1 dan 4 yang telah dimerahkan sebagaimana diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
  • Bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (Untuk Lelaki) - Rantai Quantum Solar Enegery diperbuat daripada larva gunung berapi di Jepun dan German. Lahar Tenaga Skalar yang terbaik adalah dari Jepun dan Jerman berdasarkan faktor cuaca dan alam. - Jadi rantai yang dipakai oleh Najib Tun Razak bukan satu kesalahan dari segi hukum syarak.
  • Mendapat perakuan daripada pakar beragama Islam dan terbukti secara saintifik - Mengikut pandangan beberapa ustaz  pemakaian rantai diharuskan untuk tujuan perubatan. Kajian saintifik juga mengatakan bahawa rantai yang diperbuat dari larva gunung berapi di Jepun dan German terbukti berkesan merawat penyakit. Kajian ini dibuat oleh John Barron saintis terkemuka dunia :

Malah The Star juga turut menyiarkan keberkesanan bahan yang dihasilkan dari larva gunung berapi di Jepun dan German ini sebagaimana ditulis oleh Dr. Amir Farid Isahak[SINI]

Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku. Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.
Di sini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pegawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia. Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.



baca lanjut disini: http://mymassa.blogspot.com/2012/05/ketua-pengarah-mana-ne.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1

posted from Bloggeroid

SHAH ALAM: Seorang pembantu rumah warga Filipina dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah mengedar 1.1269 kilogram kokain yang ditemui dalam beg pakaiannya pada 2009.

Tertuduh, Eliza San Gabriel, 45, ditahan di Puduraya, Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan untuk menaiki bas ekspres ke ke Haadyai, Thailand, selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Peru.
Sebaik diperiksa, polis menemui dadah terbabit yang sudah dicairkan dan dikeringkan pada beberapa helai baju berwarna putih di dalam bagasi wanita itu.
Dalam prosiding semalam, Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Eliza selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam pembelaannya.

Beliau berkata, tertuduh dalam pembelaannya, mendakwa bekerja sebagai pembantu rumah di China dari 2005 sehingga 2009. Ketika di Lapangan Terbang Hong Kong, dia bagaimanapun terlepas kapal terbang untuk pulang ke Manila sebelum menemui seorang wanita yang mengajaknya ke Kuala Lumpur.

“Tertuduh transit di Manila dan sempat bertemu keluarganya selama lapan jam sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Selepas tiga minggu di Nilai, Negeri Sembilan, dia kemudian ke Bangkok dan bertemu seseorang yang menawarkannya pekerjaan untuk menghantar pakaian ke luar negara,” katanya.

Mohd Sofian berkata, selepas meneliti semua keterangan, bukti dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh itu hanyalah rekaan dan penafian.
Eliza dituduh mengedar 1,126.9 gram kokain di Hentian Puduraya, Kuala Lumpur di sini, jam 8.50 pagi, 28 Ogos 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang membawa hukuman mati mandatori.

Laporan akhbar pada 2 September 2009 menyebut hasil siasatan ke atas wanita Filipina yang ditahan di Hentian Puduraya pada 28 Ogos 2009, bersama 23 helai baju yang mengandungi dadah kokain mendapati wanita itu tidak dianiayai tetapi menyeludup bahan larangan itu dengan rela.

Wanita itu yang tidak mempunyai rekod jenayah serta negatif dadah, pernah melawat Malaysia dua kali dan mengakui dia dibayar upah sejumlah AS$3,000 (RM10,596) dipercayai oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi warga Afrika.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Amahketaligantung/Article

posted from Bloggeroid

Bintangor:
Menjelang PRU13 yang datang tidak lama lagi timbul isu yang dikira tidak relevan....info yang Meradong Today terima mengatakan wakil daripada Datuk Norah MP P206 Tanjung Manis mengatakan mereka tidak mengetahui penduduk Kampung Bintangor, Sarikei mengundi Parliment P206. ...Pelik bin Ajaib...Untuk pengetahuan Datuk penduduk kampung Bintangor,Sarikei merupakan pengundi N36 Semop (ADUN),dan dibawah Parliment Tanjung Manis...Jumlah pengundi melebihi 3000 orang...
Jadi persoalan yang timbul masa sekarang mengapa perkara ini harus berlaku pada masa sekarang?Seharusnya pihak /wakil YB Datuk lebih perihatian dan memandang serius perkara ini...dah 4 tahun lebih YB Datuk menjadi wakil rakyat kawasan kami. ..

posted from Bloggeroid

Ucapan YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu  Anak Numpang
Timbalan Ketua Menteri Sarawak

BINTANGOR:

Rakyat Meradong hari ini berjanji akan mempertahankan kerusi Parliment P208 Sarikei...Dengan sokongan  yang tidak berbelah bagi kepada Yang Berhormat Ding kuong Hing...Menurut Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu pihak pembangkang Sarawak terutamnya DAP hanya tahu membuat janji manis sahaja...Kes terbaru yang melibatkan Tunku Aziz menujukkan orang bumiputera hanya dijadikan kambing tunggang  kepada DAP....

upacara perasmian
Apa yang memalukan apabila pihak DAP cuba membeli Tunku Aziz supaya kembali kepada DAP...Tambahan lagi melalui BERSIH pakatan rakyat cuba merosakan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi oleh Malaysia.Kita rakyat Sarawak tidak mengamalkan sikap ganas serta tidak menghormati undang-undang..

gambar kenangan

YB DP Tan Sri juga momohon supaya JKKK setiap rumah panjang menyusun semula sistem pentadbiran dan bergerak lebih effektif supaya semua rakyat dapat menerima pembangunan yang dirancangkan oleh Pihak BN Sarawak...

dari kiri YB Ding,YB Murni dan YB Abdullah Saidol


meriah

antara penduduk yang hadir

wanita PBB N40 Meradong

Bintangor:
Persatuan Tuai-tuai Rumah Daerah Meradong di rasmikan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Dr.Alfred Jabu, Tim.Ketua Menteri Sarawak. Turut hadir bersama YB Ding,YB Abdullah Hj Saidol dan YB Murni...














posted from Bloggeroid


MERADONG TODAY INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA SDR JKHANN JULAHI....SEMOGA DIPANJANGKAN JODOH SEHINGGA KE ANAK CUCU....AMIN...



Baru - baru ni, ada seorang sahabat Semut bercerita pulak pasal golongan Mak Nyah yang dicekup oleh pihak berkuasa dan Pejabat Agama Islam.

Ramai jugak yang ditahan katanya. Mereka ini kemudiannya dibawa untuk diberikan kaunseling mengenai perbuatan yang mereka lakukan.

Dalam sesi tersebut, pegawai - pegawai Pejabat Agama telah memberikan mereka tazkirah mengenai peristiwa kaum Nabi Lut yang ingkar dengan seruan Allah S.W.T.

Diakhir sesi kaunseling, ramai diantara golongan Mak Nyah tu menangis teresak - esak kerana insaf. Ada diantara mereka mengakui telah lari dari ajaran Islam.

Ada juga yang menceritakan pasal pembedahan yang telah dibuat untuk berubah terus menjadi seorang wanita dengan bayaran yang cukup mahal!!! Ribu - ribu harganya!!!

Kata sahabat Semut, nasib baik la tak de diantara mereka yang kata diorang ni pengikut PKR yang memperjuangkan Hak Kebebasan Manusia. Kalau ada, memang naya la jawabnya!!!

Tapi, hakikatnya, itulah yang cuba dilakukan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Mereka nak berikan hak yang saksama kepada golongan seumpama ini. 

Jadi, tak heran la kalau dikalangan mereka menjadi bisu bila Si Lesbian Sesat tu kata Lesbian dan Gay ni pun ciptaan Tuhan. Adakah itu pun PAS masih lagi nak berdiam diri? Kalau setakat jadi bisu, baik tak payah mengaku kata diorang tu pejuang Islam!!!
KUANTAN - Golongan yang mengamalkan gaya kecelaruan jantina yang beragama Islam, akan berdepan tindakan tegas di negeri ini, apabila Dewan Undangan Negeri Pahang meluluskan Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) 2012.


Pindaan rang-rang undang itu dipersetujui sebulat suara selepas dibahaskan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Shafri Abdul Aziz.



Dalam perbahasannya, beliau mengupas permasalahan dalam masyarakat masa kini iaitu lelaki yang gemar menyerupai dan berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki.



Mohd Shafri berkata itu sama sekali salah dan dilarang agama Islam.



Kesalahan itu, katanya, terkandung dalam peruntukan Bahagian IV rang undang-undang itu iaitu kesalahan berhubung dengan kesusilaan.



"Bagi kedua-dua kesalahan iaitu mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak perempuan di tempat awam atas tujuan yang tidak berakhlak dan perempuan yang memakai pakaian lelaki dan berlagak seperti lelaki di tempat dan tujuan sama, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya," katanya.


sumber: http://semuthitam80.blogspot.com/2012/05/pengakuan-mak-nyah-yang-memang-gila.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

Memang Ramai yang agak terkejut hari ini apabila melihat kelibat  Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin,bekas peguam cara II negara, yang juga mengetuai barisan pendakwaan kes liwat Anwar dan Saiful Bukhari mewakili si peliwat tegar Anwar Ibrahim Al Juburi.


Yusof dengan rasmi melepaskan jawatan sebagai Peguam Cara II Negara, beberapa hari sebelum Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012.


Memang ramai yang beranggapan si peliwat tegar Anwar Ibrahim Aljuburi memenangi kes tersebut  kerana Hakim terkhilaf dalam penghakimannya, tindakan Yusof kini menimbulkan kesangsian sama ada ketua pendakwaan sendiri pun ada memainkan peranan juga dalam pembebasannya.

Bagaimana dan berapa besar peranan yang dimainkan Yusof, aku tak pasti, tapi aku yakin ada dan semua ini menuntut Yusof tampil menjelasan apa sebenarnya yang berlaku.  Lagipun kita sedang cakap Yusof sebagai peguambela sekarang, bukan Yusof sebagai peguam cara, dan kebetulan golongan peguam kini ada isu kredebiliti dan intergriti yang serius.

Mungkin sekarang ini sudah ramai yang mula memahami kenapa kes si peliwat tegar ini tertangguh sekian lama tanpa dicabar pasukan Pendakwaan.

Fahamlah juga kita kenapa banyak kesilapan-kesilapan bodohdan tak masuk akal  dari pihak pendakwaan dibuat dalam kes ini antaranya kegagalan mendesak Anwar mengemukakan saksi alibi yang nama-nama mereka dikemukakan kepada Mahkamah oleh Karpal Singh sebaik Anwar diarah untuk membela diri.

Begitu juga dengan tindakan menamakan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif sebagai sebagai sebahagian dari pasukan pendakwaan walaupun tahu beliau ada ‘isu’ dengan Saiful Bukhari.  Soal kebenaran disebalik ‘isu’ yang dibangkitkan itu tidak penting, yang penting kegagalan mengenal pasti masalah yang timbul telah menyebabkan kes tersebut hampir sahaja dibuang oleh Mahkamah.

Dan siapa yang patut bertanggungjawab dalam soal ini?  aku yakin Yusof, kerana sebagai ketua pendakwaan, dia yang bertanggungjawab memilih timbalan pendakwa raya mana yang layak untuk membantunya dalam mengendalikan kes tersebut.

Aku yakin, semua kegagalan ini memainkan peranan penting dalam mendorong Hakim membuat keputusan membebaskan Anwar dari kesalahan meliwat Saiful.

Yusof tidak perlu menjawab kepada media,   Yusof perlu menjawab kepada rakyat kerana sepanjang dia berkhidmat di Jabatan Peguam Negara, wang rakyatlah yang membayar gajinya.

Ini bukan soal kecil, ini soal serius yang membabitkan intergriti pejabat Peguam Negara sebagai satu-satunya badan yang mempunyai keputusan penuh untuk meneruskan atau tidak sesuatu kes pendakwaan.  Begitu juga dengan menentukan sama ada rayuan akan dibuat ke peringkat Mahkamah yang lebih tinggi atau tidak.

Kita bimbang ada unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa terlibat.  Takkanlah semuanya terjadi secara kebetulan?  Kalau benar Yusof ‘dibeli’ semasa mengendalikan kes Anwar, perbicaraan semula perlu diadakan dengan barisan pendakwaan yang baru.

Silap-silap, Peguam Negara pun perlu letak jawatan.



sumber: http://penadaritanahmelayu.blogspot.com/2012/05/anwar-menang-kes-liwat-saiful-bukhari.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1

posted from Bloggeroid

Anda yang sedang membaca artikel ini, sudah pasti tidak bersetuju. Orang-orang UMNO sangat yakin untuk mendesak PM supaya PRU13 diadakan segera, bulan Jun ini. Pada pandangan mereka, orang-orang Melayu dan Melayu atas pagar, pengundi-pengundi India sudah kembali ke pangkuan BN. Mereka melihat majlis-majlis UMNO dan BN dihadiri berpuluh-puluh ribu rakyat. Mereka membandingkan dengan majlis-majlis Pakatan Rakyat yang semakin hari semakin sedikit kehadirannya.

PR melalui Rafizi, amat yakin untuk menang105 kerusi Parlimen, dan mengharap 7 hingga 10 YB BN akan melompat ke pangkuan mereka. Ini tidak bijak, awal-awal sudah menunjukkan kekurangan PR. Kemarahan Anwar semakin menyala, khususnya apabila mantan Pengarah JSJ Bukit Aman yang sudah 7 tahun pencen menyebut nama DS Haji Hadi Awang sebagai Perdana Menteri, dengan langsung tidak menyebut nama Anwar. Dia menempah maut, jika Anwar boleh mendesak Nik Aziz supaya memecat Dr Hassan Ali, apakan ini pula orang yang baru sehari masuk Pas.

Perkembangan Terkini, Anwar Azmin dan Che Bard akan didakwa di Mahkamah kerana Bersih 3.0. Saya percaya Ambiga juga akan diheret. Kerana mereka bukan berhimpun aman, mereka merusuh, merosakkan, menghancurkan bukan sahaja harta benda awam, tetapi keselamatan kebahagian dan kemasyhlahatan warga kota Malaysia ketika itu. Saya percaya Hukuman perlu dijatuhkan ke atas mereka dahulu untuk tidak membolehkan mereka bertanding di PRU13. Anda marah saya, anda tuduh saya orang UMNO atau orang BN, no tidak, saya mantan Ketua Cabang PKR yang mengundur diri. Namun saya tak suka menghebah-hebahkan seperti orang lain.

Beberapa nama lain seperti Tian Chua dan Mat Sabu, mereka ini yang suka menipu rakyat Malaysia juga berdepan hukuman Mahkamah. Selesaikan dahulu kes mereka, lihat keputusan, pastilah mereka juga tidak boleh bertanding.

Anda kata saya diktator, oh tidak, ini adalah hukum karma, jika anda tidak bersetuju anda akan dibuang sebagaimana Dr Hassan Ali dibuang.

Kenapa saya emelkan ke blog ini. Kerana saya tertarik dengan beberapa pendedahan di sini. Sebenarnya banyak yang benar, cuma sebagai ahli PKR, saya kena mendiamkan diri saya. Ini kemahuan Anwar, metod nya jika kerajaan buat betul salahkan ia dan momokkan ia. Saya berhijrah bersama-sama Dr Sidek Baba, walaupun kami tak perbesarkan.

PRU13 hanya DAP yang bijak, DAP tahu tak kan ada PRU13 tahun ini. Pas sangat bodoh dalam hal ini, sorry to say, bodoh kerana terikut-ikut dengan Anwar. Pas macam tok nujum sekejap kata PRU tahun 2010, sekejap kata bulan Januari, sekejap kata bulan April, Mei dan Jun pula. Mereka terpengaruh dengan kononnya ada kawan-kawan mereka di pejabat Perdana Menteri. Mereka tidak tahu mereka hanya menerima info bertaraf kelas 3. Kasihan mereka.

Teori yang paling kuat ialah Penggabungan Pas kepada UMNO diuar-uarkan, dicakap-cakapkan, diperbesar-besarkan. Ada dua pihak dalam Pas yang perbesar-besarkan, yang pertama yang dah dibuang dan tak dipakai seperti Dr Hassan ALi dan YB Nasha. Yang kedua yang masih di dalam Pas seperti Dato Harun Taib and the geng.

Kamu fikir Anwar bodoh, Anwar memang cepat swing dalam hal ini. Dia terus arahkan blogger supaya mainkan isu dia akan masuk UMNO terlebih dahulu. Dua-dua kejar nak masuk UMNO. Anwar sangat mudah sebab simpatis-simpatisnya dalam kerajaan masih ada juga dalam UMNO. Anwar nak tengok, "mu pandai politik ker aku". Pas dan Anwar berlumba-lumba cari Najib, walaupun Najib berada di luar negara namun Najib punya touch sangat laju. Najib tahu dua-dua pihak mengejarnya.

Kamu mahu bukti lanjut, tunggu emel dari saya lagi.

Salam.

(emel tidak diedit)

daripada blog mymassa: http://mymassa.blogspot.com/2012/05/surat-pkr-kepada-mymassa.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

Lebih 18,000 orang Melayu Pulau Pinang terpaksa berhijrah ke negeri lain di antara 2009 hingga 2010 kerana tidak mampu menampung kos sara hidup yang terlalu tinggi di negeri kelahiran mereka.

Mengikut satu kajian dikeluarkan Oktober tahun lalu, jumlah penduduk Melayu berkurangan daripada 654,300 orang pada 2009, kepada 636,146 orang pada 2010, iaitu penyusutan 18,154 orang dalam tempoh setahun.

Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini? Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang. 

Dr Mohammad Fairus Khairuddin, Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang pernah bersama menyusun agenda ini turut menyesal.

Berikutan itu, jumlah penduduk Cina yang berjumlah 670,400 orang pada 2010 menjadi kumpulan etnik terbesar iaitu 42.9 peratus, manakala Melayu 40.7 peratus. Ini berbanding pada 2009, orang Melayu menjadi kumpulan terbesar iaitu 42.4 peratus, manakala kaum Cina (40.9 peratus).

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mohammad Fairus Khairuddin yang membuat pendedahan berkenaan mendakwa hasil kajian itu membuktikan Bumiputera Pulau Pinang dipinggirkan secara halus oleh kerajaan negeri pimpinan cina DAP.

Mohammad Fairus yang pernah berkhidmat selama dua tahun di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga mendakwa tahu rancangan dan strategi disusun kerajaan negeri itu dalam melaksanakan dasar peminggiran Melayu di Pulau Pinang.

“Nasib Melayu Islam di Pulau Pinang semakin kritikal. Statistik terbaru mendedahkan ramai orang Melayu membawa diri ke negeri lain kerana tidak mampu menampung kos kehidupan yang semakin tinggi. 

“Rakan-rakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sering bertanya kepada Guan Eng, selepas empat tahun memerintah Pulau Pinang, mana projek perumahan rakyat miskin dan golongan marhaen?

“Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini?

“Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang,” katanya berucap merasmikan Himpunan Perguruan Silat Batu Pahat di Dataran Sungai Suloh, Senggarang dekat sini, semalam.

Beliau juga mendakwa Guan Eng dan pemimpin DAP apabila berdepan orang Melayu cakap manis tetapi di belakang memburukkan Melayu, tanpa mengetahui beliau memahami bahasa Mandarin yang mereka tuturkan.

“Saya tahu rahsia dan rancangan mereka,” katanya.

Kajian Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi Pulau Pinang (PReCISE) yang dikeluarkan Oktober lalu juga menunjukkan purata harga rumah melebihi RM500,000 seunit di negeri itu dikenal pasti antara faktor ramai orang Melayu berhijrah ke kawasan luar bandar dan negeri jiran sejak 2010.

Kajian itu mendapati purata harga rumah di Pulau Pinang pada 2011 melonjak kepada RM540,000 seunit, iaitu lapan kali lebih tinggi daripada purata pendapatan tahunan isi rumah, iaitu RM67,500.

Malah, purata harga rumah itu adalah kira-kira 27 peratus lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur, iaitu RM390,000 seunit.

Mohammad Fairus yang juga berkata, episod yang melanda bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim turut mendedahkan wajah sebenar Guan Eng dan DAP.


sumber: http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/05/18000-melayu-pulau-pinang-dihalau.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

Buku terbaru ini diterjemahkan oleh A Kadir Jasin. MiM memiliki kedua-dua buku, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu untuk santapan minda ini yang sentiasa kagum dengan ketajaman fikiran, visi dan jasa-jasa beliau.

Bukan itu sahaja, sejarah politik beliau penuh dengan cabaran, tentangan dan asam garam politik yang bermula dengan harapan iaitu untuk membantu bangsa dan negara. Tidak ada karpet merah atau sudu emas di dalam perjalanan awal karier politik Tun M.


Buku terjemahan Tun M ini mempunyai 62 bab bermula daripada Bab 1 : Menjadi Perdana Menteri hingga ke Bab 62 : Warisan dan Dilema Baru.

Kesemua bab sangat menarik tetapi memandangkan isu-isu semasa yang selalu hangat di arena politik, Bab 31 : Anwar Sertai UMNO dan Bab 53 : Cabaran Anwar, sudah tentu akan bacaan wajib selain daripada bab-bab lain.


Tun M menulis bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang penunggang kuda yang tidak sabar. Kerana itu Anwar pernah jatuh dan hampir patah tengkuknya. Tetapi Anwar mendakwa bahawa polis yang mencederakan tengkuknya.

Banyak lagi yang didedahkan tetapi MiM pun baru sampai Bab 1 sahaja belum sampai lagi bab tersebut :)

MiM bersetuju dengan penterjemah buku 'Doktor Umum' ini. A Kadir Jasin yang mengatakan bahawa versi asal dalam bahasa Inggeris menggunakan gaya bahasa dan penulisan yang mudah dengan gaya Tun M yang tersendiri.

Seperti yang kita tahu, Tum M straight forward di dalam sebarang kenyataan beliau supaya semua orang faham dengan mudah.


baca lanjut: http://novandri.blogspot.com/2012/05/anwar-ibrahim-penunggang-yang-tak-sabar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29&m=1

posted from Bloggeroid

Oleh IZZ MIQAEL

BACHOK – Seorang wanita yang dilaporkan hilang bulan lalu akhirnya ditemui mati dengan hanya tinggal tulang di atas batas sawah padi di Kampung Cherang Hangus tengahari tadi.

Rangka mayat Norhayati Mat Ripin,38, ditemui seorang pemandu mesin padi yang baru sahaja memulakan tuga memesin padi kira- kira jam 12 tengahari.

Ibu mangsa, Ramlah Mohd Nor berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan pemandu mesin padi berkenaan.

“Pemandu mesin padi itu pekerja anak makcik, Mohd Ridhuan,yang memiliki mesin padi tersebut. Selepas menemui rangka dan pakaian mangsa, beliau terus datang ke rumah ini dan memberitahu Mohd Ridhuan.

“Rasanya sudah genap sebulan dia hilang. Kami semua puas mencarinya merata tempat. Rupanya dia hanya berada beberapa meter dari kami selama ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Ramlah, 61 berkata. dia reda dengan kejadian yang menimpa keluarganya itu.

“Makcik tidak tahu mengapa dia boleh meninggal dunia dalam keadaan sedemikian kerana setahu makcik dia tidak pernah ke seberang sawah sana sebelum ini,” katanya.

Katanya, usaha mencari anaknya itu dilakukan sejak dia hilang sebulan lalu melalui pelbagai cara termasuk melalui akhbar.

Menurut Ramlah, anaknya yang pergi melihat rangka tersebut mengecam pakaian dan selipar yang dipakai arwah ketika hari kehilangannya.

“Makcik tidak mengesyaki apa- apa perbuatan khianat yang berlaku kerana kita tidak nampak apa yang berlaku.

“Tetapi arwah tidak menghidap penyakit yang membolehkan dia pengsan sendirian atau sebagainya. Sebelum ini pun dia sering ke pekan Jelawat dan ke Kota Bharu untuk mengambil ubat sendiri,” katanya.

Menurutnya, Norhayati atau mesra dengan panggilan Ti itu juga seorang janda yang disahkan menghidap Skizofrenia sejak di tingkatan lima dan masih mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“Saya tidak sangka pesanan yang pernah dinyatakan agar tidak mencarinya jika hilang rupanya suatu petanda dia akan pergi selamanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut.



- http://detikperubahan.com/2012/05/16/wanita-hilang-sebulan-ditemui-mati-di-sawah-padi/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

posted from Bloggeroid





Ingat! resepi DAP berpolitik adalah pecah dan perintah. Sifat perkauman mereka cukup tebal,rasis,perkauman ,ultrakiasu dan juga memainkan sentimen kebencian agama.

Di depan Melayu mereka bermuka muka bermodalkan sekupang dua jiwa Melayu dibeli,di depan kaum India pun sama juga.Di depan kaum cina mereka menghasut dengan pelbagai dakyah dan juga fitnah.


sumber:http://bujangsenangbn.blogspot.com/2012/05/panas-rahsia-dap-terbongkar.html

MENCARI BINTANG!!!peserta Final!!

MOHAMMAD AZERI BIN ZEME

AMIT JAPAR


AWANGKU MULIADI BIN AWANGKU ANUAR

JEMIZUL KHAIRULDDIN BIN JEFFRIDDIN

WAHAB MEK

Bintangor:
 5 peserta yang layak ke pusingan akhir pencarian Bintang-Bintangor Idol 2012  ...Jangan lupa datang beramai-ramai ke Pusat Penjaja Tebingan Sungai Rejang pada   15 mei 2012 ini...Undian penonton diperlukan....
Bintangor:




posted from Bloggeroid


alt

BUKIT JALIL 13 Mei - Barisan Nasional (BN) mengenal pasti lebih 1,000 nama calon bagi mengisi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara pada pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor berkata senarai tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno dalam masa terdekat untuk dikemaskini dan disenarai pendek.

"Untuk calon Umno dan BN, kita akan buat saringan tertentu sebelum diserahkan kepada presiden parti dan untuk makluman perhubungan negeri.

"Yang penting, calon yang dipilih adalah mereka yang dikehendaki oleh rakyat dan bukannya parti," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional sempena ulang tahun ke-66 Umno di sini hari ini.

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno, berkata senarai nama itu diperoleh daripada badan perhubungan negeri melibatkan 191 bahagian Umno dan 222 Parlimen.

Beliau berkata pihaknya akan meneliti laporan senarai nama yang dikaji oleh 'sumber parti' dan agensi dilantik untuk senarai akhir.

"Bukan semestinya senarai yang diserahkan bahagian atau negeri akan menjadi calon kelak. Kita juga ada tengok sumber lain. Untuk makluman, bahagian ada bagi tiga nama, ada yang bagi kurang, ada yang langsung tidak bagi dan serah kepada pucuk pimpinan untuk pemilihan nama," katanya.

Ketika ditanya mengenai identiti calon yang dikenal pasti itu, Tengku Adnan berkata gabungan muka baru dan lama menjadi pilihan khasnya pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan dan boleh memimpin rakyat dan memajukan negara.

Beliau turut ditanya mengenai desas-desus kononnya Najib menemui Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen.

"Ada yang cakap (pembubaran) esok lusa. Itu semua spekulasi. Apa yang saya tahu PM ada kenduri kahwin di Johor Baharu dan akan menghadiri graduation anaknya. Tapi apa-apa pun, kita sudah bersedia sepenuhnya bila semboyan ditiupkan," katanya.

Terdahulu beliau meluangkan masa dan beramah mesra dengan pempamer dan peserta pameran dan berharap lebih ramai anak muda akan datang ke karnival ini untuk mengetahui peluang pekerjaan selain mendekati dan mengenali Umno serta sayap parti mereka.

Adnan turut gembira dengan sambutan yang diterima pada sambutan ulang tahun kali ini apabila hampir 20,000 orang mengunjungi karnival kerjaya selain hampir 100,000 orang memeriahkan segenap lapisan stadium pada majlis perasmian semalam.

meradong today ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu Semua...
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....
Jangan jadi Si tenggang Moden Diatas!
- http://badutrakyat.blogspot.com/2012/05/selamat-hari-ibu-kepada-semua-ibu-di.html?m=1

posted from Bloggeroid

NOOR...dipukul ketika cuba selamatkan mangsa
KUALA LUMPUR: “Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa.”

Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.

Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.

Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya.


“Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya.


- http://www.hmetro.com.my/articles/2012051104293520120511042935/Article#.T6xkEoqoMwE.twitter

posted from Bloggeroid


Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas)  mahu  memanggil lebih  ramai  penjaja kecil  membuka gerai di sekitar kawasan kediaman   Datuk S. Ambiga  jika sekiranya tiada respons positif mengenai tuntutan ganti rugi peniaga di sekitar kawasan terjejas akibat perhimpunan Bersih  28 April lalu.

.Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya memberi tempoh dua minggu untuk Pengerusi Bersih 2.0 memberikan  respons berhubung ganti rugi berjumlah lebih RM200,000 yang diterima menerusi 200 aduan daripada penjaja kecil di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman pada hari itu.

“Kami mahu Ambiga bertanggungjawab di atas segala kerugian yang terpaksa ditanggung oleh para  penjaja kecil akibat perhimpunan berkenaan dan gerai burger yang dibuka  di hadapan rumah beliau pada hari ini adalah simbolik kepada ketidakpuasan hati penjaja terhadap apa yang berlaku pada hari perhimpunan itu,” katanya pada sidang media khas sempena protes di hadapan rumah Datuk S.Ambiga di Bukit Damansara, hari ini.

Katanya,  Ambiga juga masih  perlu menjelaskan  ‘hutang’ berjumlah RM 817,205  kerugian peniaga dan penjaja di kawasan yang sama ketika penganjuran Bersih 2.0.Dalam protes yang diadakan di  hadapan rumah Pengerusi Bersih itu, seramai 20 orang termasuk dari Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tunku Abdul Rahman berkumpul dan membuka gerai burger selama satu jam bermula jam 2 petang.

Rumah Ambiga kelihatan dikawal ketat oleh tiga  orang pengawal peribadi sejak jam 1.30 petang.Protes yang sepatutnya diadakan secara aman  turut dicemari dengan insiden provokasi apabila salah seorang penyokong Ambiga menjerit ‘penyangak’ ke arah peserta protes menyebabkan suasana tegang apabila Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan cuba  menafikan tuduhan itu dan berlaku pertikaman lidah.

Datuk S.Ambiga yang berada di rumahnya   mengadakan sidang media sejurus  selepas itu kesal dengan tindakan pihak terbabit mengadakan protes dihadapan rumahnya.

“Saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menilai sendiri tindakan yang dilakukan oleh    sehingga mereka boleh datang ke kediaman dan  mengganggu privasi saya  serta   seluruh kawasan kejiranan ini, tentang hal ini biarlah    pemimpin negara yang ulas, saya tunggu.“Saya tidak akan bayar ganti rugi itu sekarang, mereka (peniaga) boleh failkan semua tuntutan ganti rugi  itu di mahkamah, jika pihak mahkamah arahkan  bayar ganti rugi baru saya akan bayar begitu juga  kalau mahkamah suruh minta maaf,  mungkin saya akan lakukan,” katanya.

Ketika ditanya adakah beliau takut dengan apa yang berlaku hari ini, Ambiga berkata dia tidak sedikit pun takut kerana ramai yang berada di belakangnya ketika ini.“Buat apa saya hendak takut, anda lihat dibelakang saya ini ramai wakil NGO  dan mereka bersedia bersama-sama menghadapi apa jua tentangan disebabkan penganjuran Bersih ini,” katanya.

Kata Ambiga lagi, laporan polis juga akan dibuat berhubung  tindakan protes yang dilakukan di hadapan rumahnya.
SUMBER:http://panggungopera.blogspot.com/2012/05/ambega-hilang-akal-gerai-burger-dibuka.html
Kalau di Malaysia, keadaan seperti ini akan dianggap sebagai satu mimpi ngeri untuk dilakukan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu.

Tak kira la sesiapa pun. Baik sama ada Si Ketua Penipu tu, mahupun Si Assmin Tanggang. Malah Si Tian Chuak sekali pun takkan buat benda macam ni.

Tapi, kita tak boleh salahkan mereka. Sebab diorang ni memang jenis manusia yang berkulit tebal seperti Buaya dan Biawak. Lagi pun, diorang bukan ada Maruah dan Harga Diri. 

Nama baik keluarga pun dia tak mampu nak pertahankan, lagi diorang nak letak jawatan? Itu pun masih lagi rakyat nak bagi kepercayaan untuk mereka menjaga maruah Negara kelak? Hilang akal ke apa!!!
AFP - Speaker Parlimen Australia, Peter Slipper secara rasmi meletak jawatan semalam selepas dituduh melakukan pencabulan seksual dan membuat tuntutan perjalanan palsu.

Pada masa sama, Slipper turut mendakwa dia tidak bersalah dan mengecam ‘perbicaraan oleh media.’ Speaker berkenaan yang berusia 62 tahun dan berumah tangga, dituduh melakukan pencabulan seksual terhadap bekas pembantu, James Ashby, 33, dengan menghantar mesej pesanan ringkas yang menggoda dan membuat kenyataan tidak senonoh antara Januari dan Mac lalu.

Ashby juga menuduh Slipper membuat tuntutan perjalanan palsu.

Selepas polis berkata mereka melancarkan siasatan terhadap dakwaan menipu itu minggu lalu, Slipper mengumumkan dia akan meletak jawatan buat sementara waktu.

Persidangan Parlimen yang bermula semalam selepas enam minggu ditangguhkan adalah peluang pertamanya untuk berundur secara rasmi.

Keputusan Slipper itu menjadi tamparan kepada Perdana Menteri, Julia Gillard yang membantunya dilantik menjadi Speaker tahun lalu selepas dia berpaling tadah dari Parti Liberal, langkah yang menyebabkan parti pembangkang berkenaan kehilangan satu undi dan membolehkan Julia terus berkuasa dengan majoriti tipis.
- http://semuthitam80.blogspot.com/2012/05/mimpi-ngeri-buat-anuwar-dan-assmin.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid



SANTA FE, Amerika Syarikat - Seekor kucing yang menjadi tumpuan umum kerana memiliki berat badan mencecah 18 kilogram (kg) mati akibat komplikasi kesihatan kerana terlalu gemuk, kata pihak pengurusan sebuah rumah perlindungan haiwan kelmarin.

Kucing jantan bernama Meow, berusia antara dua hingga lima tahun itu dihantar untuk tinggal di Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan Kemanusiaan Santa Fe pada bulan lalu selepas pemiliknya yang berusia 87 tahun tidak lagi berupaya menjaga haiwan tersebut.

Meow kemudian menjalani terapi diet dengan perkembangan kucing itu disiarkan di laman Facebook.

Pengarah rumah perlindungan berkenaan, Mary Martin memberitahu kelmarin bahawa berat Meow turun 0.9 kilogram dan kucing tersebut berada dalam keadaan baik tetapi pada Rabu lalu ia mula mengalami masalah pernafasan.

Kucing itu menjalani beberapa ujian termasuk ujian jantung dan X-ray serta diberikan bantuan oksigen untuk bernafas.

Namun, Meow akhirnya mati pada Sabtu lalu.

"Kami semua terkejut dan sedih dengan kematian Meow," kata Martin.

Punca berat badan Meow meningkat masih tidak dapat dipastikan tetapi menurut Martin, kucing itu mungkin diberikan makanan berkalori tinggi dan tidak aktif.

Kucing dewasa biasanya memiliki berat antara 3 hingga 5kg. - AGENSI
sumber:http://www.putrajaya-online.com/2012/05/matinya-meow-si-kucing-gemuk-luar-biasa.html


Angin bertiup kencang mengatakan Parlimen akan dibubar Isnin ini 14hb Mei...betul ke?

Maklumat yang aku dapat ini kira boleh pakai jugaklah dan kalau aku mengambil kira tarikh bubar diatas bertepatan dengan cuti persekolahan yang akan bermula 26hb Mei ini selama 2 minggu.

Boleh saja kita menganggapnya hanya khabar angin tetapi bila mengambil kira perkembangan terbaru yang berlaku akhir akhir ini ianya tidak boleh ditolak begitu sahaja.Kejayaan kerajaan menangani Bersih 3.0 dan kegagalan penganjur Bersih menggunakan media asing untuk memburukan imej kerajaan kali ini dianggap sebagai plus point untuk BN menghadapi PRU bila bila masa sekarang.

Pengumuman durian runtuh dan durian gugur oleh Perdana Menteri untuk warga FELDA siang tadi juga banyak membantu imej kerajaan dan akhir sekali Himpunan Jutaan Belia Putrajaya yang akan diadakan mulai 23-27 Mei ini pastinya membantu BN mendekati generasi muda jika mengambil kira kejayaan mengumpulkan sejuta belia tahun lalu ditempat yang sama.

Jom...kita pakat pakat hitung detik detik menjelang hari ISNIN 14HB MEI INI...ha ha ha.

SUMBER:http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/05/parlimen-bubar-isnin-ini.html
Bukan sahaja bertindak memaki hamun pegawai penguat kuasa dan wakil media, malah sekumpulan warga asing dari Afrika mengugut boleh membuat panggilan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengelakkan mereka ditahan dalam operasi bersepadu di sebuah pub di Sunway Giza, di sini, awal pagi semalam.
Keadaan bertambah jelik apabila kumpulan warga asing itu turut mempertikaikan operasi bersepadu yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Selangor dan Balai Polis Kota Damansara itu.
Malah ada di antara mereka turut berpura-pura pengsan ketika ditahan bagi mengelakkan diri daripada ditahan penguat kuasa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen itu seramai 47 warga asing diperiksa dan hasilnya 18 ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan tinggal melebihi tempoh.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada lapan wanita dan 10 lelaki terdiri daripada warga Nigeria yang kebanyakannya yang datang ke pub itu untuk berhibur,” katanya.
Difahamkan, pub yang sudah beroperasi sejak dua tahun lalu itu sudah tiga kali dikenakan tindakan saman oleh polis kerana beroperasi melebihi masa ditetapkan.
“Setakat ini mereka dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 pagi namun namun premis itu mengingkari arahan itu dengan beroperasi sehingga jam 5 hingga 7 pagi,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, tindakan diambil di bawah Seksyen 6 (1) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan Seksyen 15 (1) kerana tinggal di negara ini melebihi tempoh.
Kesemua ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Semenyih sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.


posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY