'/>

PARLIMENT DIBUBAR ISNIN INI?



Angin bertiup kencang mengatakan Parlimen akan dibubar Isnin ini 14hb Mei...betul ke?

Maklumat yang aku dapat ini kira boleh pakai jugaklah dan kalau aku mengambil kira tarikh bubar diatas bertepatan dengan cuti persekolahan yang akan bermula 26hb Mei ini selama 2 minggu.

Boleh saja kita menganggapnya hanya khabar angin tetapi bila mengambil kira perkembangan terbaru yang berlaku akhir akhir ini ianya tidak boleh ditolak begitu sahaja.Kejayaan kerajaan menangani Bersih 3.0 dan kegagalan penganjur Bersih menggunakan media asing untuk memburukan imej kerajaan kali ini dianggap sebagai plus point untuk BN menghadapi PRU bila bila masa sekarang.

Pengumuman durian runtuh dan durian gugur oleh Perdana Menteri untuk warga FELDA siang tadi juga banyak membantu imej kerajaan dan akhir sekali Himpunan Jutaan Belia Putrajaya yang akan diadakan mulai 23-27 Mei ini pastinya membantu BN mendekati generasi muda jika mengambil kira kejayaan mengumpulkan sejuta belia tahun lalu ditempat yang sama.

Jom...kita pakat pakat hitung detik detik menjelang hari ISNIN 14HB MEI INI...ha ha ha.

SUMBER:http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/05/parlimen-bubar-isnin-ini.html

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY