'/>

Lagi kes awang hitam

Bukan sahaja bertindak memaki hamun pegawai penguat kuasa dan wakil media, malah sekumpulan warga asing dari Afrika mengugut boleh membuat panggilan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengelakkan mereka ditahan dalam operasi bersepadu di sebuah pub di Sunway Giza, di sini, awal pagi semalam.
Keadaan bertambah jelik apabila kumpulan warga asing itu turut mempertikaikan operasi bersepadu yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Selangor dan Balai Polis Kota Damansara itu.
Malah ada di antara mereka turut berpura-pura pengsan ketika ditahan bagi mengelakkan diri daripada ditahan penguat kuasa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen itu seramai 47 warga asing diperiksa dan hasilnya 18 ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan tinggal melebihi tempoh.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada lapan wanita dan 10 lelaki terdiri daripada warga Nigeria yang kebanyakannya yang datang ke pub itu untuk berhibur,” katanya.
Difahamkan, pub yang sudah beroperasi sejak dua tahun lalu itu sudah tiga kali dikenakan tindakan saman oleh polis kerana beroperasi melebihi masa ditetapkan.
“Setakat ini mereka dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 pagi namun namun premis itu mengingkari arahan itu dengan beroperasi sehingga jam 5 hingga 7 pagi,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, tindakan diambil di bawah Seksyen 6 (1) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan Seksyen 15 (1) kerana tinggal di negara ini melebihi tempoh.
Kesemua ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Semenyih sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.


posted from Bloggeroid

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY