'/>

Bintangor:
Sambutan menyambut kemerdekaan pada mulanya dalam keadaan aman dan tenang akhir menjadi kecoh dan tidak selamat..
Kumpulan mat rempit menjadi "ganas"..
Perkara ini bermula sejak jam 9 malam dan mencapai tahap 'gaban ' sekitar jam 11 malam tadi...
Akhirnya pihak PDRM MERADONG bertindak dengan membuat sekatan jalan raya....Tindakan ini membuahkan hasil dengan mengurangkan kegiatan kumpulan..
Terima kasih kepada PDRM...syabas...

posted from Bloggeroid

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Bersempena dengan perayaan kemerdekaan ke-55 negara, rakyat Malaysia tidak seharusnya lupa bahawa perpaduan semua bangsa di negara ini telah memberikan sebuah negara Malaysia berdaulat seperti hari ini.
   
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, banyak perkara yang boleh dipelajari daripada apa yang pernah diperjuangkan oleh para pejuang kemerdekaan negara dan "jangan kita lupa bahawa ia adalah hasil daripada perpaduan antara masyarakat Melayu, Cina serta India terdahulu dan tidak ada satu bangsa pun di negara ini yang menyokong perjuangan komunis.
   
"Kita juga tidak seharusnya lupa bahawa kejayaan ini adalah hasil perpaduan kita dengan etnik Sabah dan Sarawak seperti Iban, Dayak dan Kadazan Dusun, tatkala negara bangkit daripada kesan penjajahan.
   
"Adalah mustahil untuk kita mengecapi kejayaan seperti hari ini secara sendirian. Sudah pasti ia didorong oleh kepelbagaian lapisan masyarakat yang mempunyai kelebihan masing-masing hingga menjadikan kita mampu bersaing di peringkat global," kata Najib dalam blog 1Malaysia beliau bertajuk "55 Tahun Pembangunan Melalui Perpaduan" hari ini.
   
Beliau berkata: "Marilah kita meraikan hari Merdeka dengan memperingati jasa pejuang kemerdekaan yang telah memberi kita sebuah negara berdaulat seperti hari ini."

"Pada saya, segala-galanya telah dilakukan dalam semangat 1Malaysia, hingga ia telah menjadi simbol kepada kejayaan negara. Tidak mengira perbezaan etnik, fahaman agama mahupun bangsa, saya menyeru supaya rakyat Malaysia terus mengekalkan semangat perpaduan," katanya sempena sambutan Merdeka Jumaat ini.
   
Najib berkata menerusi semangat kekitaan yang menjadi teras 1Malaysia telah membolehkan rakyat Malaysia mengecapi kejayaan lebih baik dan masa depan lebih cerah.
   
"Ingatlah, selama ini kita telah bersama-sama menempuh segala dugaan dan cabaran sejak 55 tahun lepas. Lagipun, banyak perkara yang kita boleh banggakan.

Tidak mungkin ada negara lain yang mampu menyatukan rakyatnya daripada pelbagai etnik untuk duduk bersama-sama menikmati teh tarik di kedai mamak sambil menonton aksi atlet negara di Sukan Olimpik dan meraikan kejayaan atlet negara," katanya.
   
Najib berkata pembangunan pesat di Malaysia mampu untuk membuatkan rakyat berbangga mengenainya.
   
"Ekonomi negara kini berkembang pesat dan menjadi semakin stabil tatkala kebanyakan negara lain sedang bergelut dengan prestasi ekonomi mereka yang semakin merudum. Ketika pasaran global menjadi tidak menentu, pasaran modal dalam negara dicatatkan pada rekod tertinggi dengan FGVH dan IHH Healthcare tersenarai pada kedudukan kedua dan ketiga terbesar di duni," katanya.

"Kita juga berjaya memperbaiki kedudukan global apabila menduduki tangga ke-15 terbaik dunia dalam pasaran barangan paling berkesan, menduduki tempat ke-26 dari segi pembangunan infrastruktur dan ke-18 sebagai ekonomi paling berdaya saing di dunia," katanya.
   
Perdana Menteri berkata kesemua kejayaan negara adalah hasil perjuangan para pejuang kemerdekaan negara terdahulu dan "kita patut berterima kasih kepada mereka".
   
"Bersama-sama dengan tentera British, mereka berjuang habis-habisan menentang komunis serta gejala ekstremis yang mampu menggugat kehidupan rakyat di negara ini. Mereka kemudiannya berjaya memerdekakan negara dari cengkaman penjajah yang sekali gus memberi kita kuasa sepenuhnya untuk mengurus sendiri sumber kekayaan negara yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi seperti getah, bijih timah, kelapa sawit dan bjih besi," kata Najib.
   
Beliau berkata komoditi-komoditi itu menjadi sangat penting kepada perkembangan industri eksport negara yang membolehkan kita melabur untuk pembangunan infrastruktur serta industri.
   
"Pada tahun-tahun seterusnya, negara telah mengalami pembangunan pesat daripada pekan-pekan kecil menjadi bandar-bandar besar, yang menempatkan ikon pencakar langit dan bangunan  yang menjadi lambang pencapaian kita," kata Najib.

Perdana Menteri berkata pada 1996, pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadikan Malaysia sebagai hab pelancongan antarabangsa dan dua tahun kemudiannya, pembinaan Menara Kembar Petronas (KLCC) pula mula menjadi ikon pencakar langit dalam negara.
   
"Dan lebih dari dua dekad selepas itu, bangunan yang menempatkan gedung beli belah popular dan dikenali sebagai Suria KLCC itu masih merupakan menara kembar paling tinggi di dunia," katanya.
   
Beliau berkata daripada bidang teknologi hinggalah ke hiburan segala apa yang ada hari ini merupakan simbol pembangunan negara dan rakyat patut berbangga dengan kejayaan yang telah dikecapi itu.
   
"Dengan kejayaan yang membanggakan ini, ia juga sudah pasti memberi keuntungan kepada negara. Bidang perniagaan mampu untuk menjadi lebih baik kerana kita mementingkan perkembangan teknologi tidak kira sama ada dalam talian atau sebaliknya," katanya.
   
Najib berkata apabila ekonomi berada dalam keadaan baik, ini diikuti juga dengan keadaan sosial di samping kualiti pendidikan yang menjadi semakin baik dan mula boleh dinikmati oleh setiap rakyat daripada segenap lapisan masyarakat.
   
Kemudahan sumber elektrik dan air di kawasan pedalaman membolehkan perniagaan dan penyediaan perkhidmatan berkembang dan rakyat tidak lagi perlu berjalan jauh untuk membeli-belah, membuat pembayaran bil ataupun untuk menonton filem di pawagam, katanya.

Sumber: http://klpos.com/umum/14001-pm-teruskan-perpaduan-bina-negara-berdaulat

posted from Bloggeroid

Bintangor:







Sumbangan kepada anak yatim piatu, balu tunggal dan ibu tunggal.

posted from Bloggeroid

Paparan Video ini sememangnya menakutkan pada awal ucapan Bekas Pemimpin No. 1 PAS Selangor Dr. Hasan Ali dalam menegaskan perjuangannya menentang penindasan terhadap Akidah Umat Islam di Negara ini.

Setelah dimaklumkan dari seorang rakan mengenai video paparan Hasan Ali berkomunikasi dengan Allah, lantas mencari dan menonton video tersebut. Meremang bulu roma pada awal dikhabarkannya. Namun ada hikmah disebalik maklumat rakan tersebut.
Hikmah dalam menilai keikhlasan seseorang memperjuangkan Akidah Ummah. Sememangnya insaf.



Sumber: http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2012/08/video-panas-pengakuan-hasan-ali.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&utm_campaign=Gelombang+Rakyat&m=1

posted from Bloggeroid

Mohamad (kanan) menunjukkan ikan spesis Phirana yang dirampas oleh pihak PGA di Rantau Panjang, dua hari lalu.

Oleh IZZ MIQAEL
BACHOK -  Berpuluh ekor ikan larangan spesis pemakan daging iaitu Phirana dirampas dalam sebuan Pasukan Gerak Am  (PGA) di sebuah rumah di Taman Rantau Jaya dekat sini pada jam 7 malam, Sabtu lalu.

Hasil rampasan tersebut kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perikanan Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.

Pengarah Jabatan Negeri Perikanan Kelantan, Datuk Mohamad Mat Saman berkata, keseluruhan nilaian rampasan ikan tersebut bernilai RM12,000 yang melibatkan 17 spesis eksotik.

Menurutnya, siasatan awal PGA mendapati penyeludup membawa masuk ikan hiasan itu dari selatan Thailand melalui pengkalan haram Syed Agil, Rantau Panjang.

“Ikan tersebut kemudiannya disimpan di sebuah rumah sebelum menunggu pengangkutan yang akan membawanya kepada pembeli atau pengedar.

“Kebanyakan spesis ikan ini adalah dari spesis eksotik yang jarang ditemui seperti barb, silver shark, betta, pacu, clarias, keli albino dan ikan larangan seperti Phirana.

“Kes ini diserahkan kepada kami di bawah Seksyen 61, Akta Perikanan 1985, mengikut Peraturan Perikanan (Larangan Import Eksport 1990), kerana membawa masuk ikan tanpa permit dan ikan larangan import eksport, ” katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan tersebut sebuah lori yang disyaki sebagai pengangkutan untuk memuatkan ikan tersebut turut dirampas.

“Ikan ini akan dilupuskan terutamanya Phirana yang menjadi ancaman dan perosak ekosistem perikanan  memandangkan ia adalah spesis berbahaya.

“Beberapa ikan yang bersesuaian akan digunakan untuk penyelidikan di Pusat Pengembangan Komuniti dan Akuakultur di Machang,” katanya.

Mohamad berkata, kes penyeludupan ikan hiasan eksotik sedemikian sering berlaku berikutan terdapat permintaan dari pembekal dan peminat ikan hiasan.

Katanya,  ikan tersebut adalah tiada diternak di Malaysia dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi.

Beliau tidak menolak kemungkinan laluan negeri ini adalah transit sebelum diedarkan ke negeri- negeri lain di semenanjung.]

posted from Bloggeroid


BINTANGOR
Dijemput semua penduduk Bintangor dan sekitar untuk menghadiri rumah terbuka Adilfitri YB Datuk Hajah Norah Tun Abdu Rahman.

TARIKH:25 OGOS 2012 (SABTU)
TEMPAT:DEWAN PERDANA SK ABANG AMIN.

JOM KITA BERAMBEH RAYA.

posted from Bloggeroid

Polis sedang menyiasat laporan mengenai kewujudan laman sosial Facebook palsu menggunakan nama 'Pemuda Umno Malaysia' yang memaparkan poster berbaur hasutan.
Ketua Jabatan Sisatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, setakat ini, hanya satu laporan polis mengenai laman Facebook palsu itu diterima.

"Polis setakat ini masih belum memanggil mana-mana individu untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Ku berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Isnin lepas, Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional, Ibdilillah Ishak membuat laporan polis berhubung kewujudan laman sosial Facebook itu.

Poster dalam Facebook itu berbentuk tinjauan - Jika orang ramai setuju untukjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, teruskan sokongan kepadagabungan pembangkang, Pakatan Rakyat.

Sumber: http://usezworkshop.blogspot.com/2012/08/polis-siasat-facebook-palsu-pemuda-umno.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Usezworkshopblogspotcom+%28useZworkshop.blogspot.com%29&m=1

posted from Bloggeroid

Apa orang nak kata mengenai Tun Dr Mahathir dan Dato Seri Najib Razak serta isteri isteri mereka ianya merupakan mulut orang yang susah hendak ditutup. Namun gambar ini memberikan 1001 makna kepada kita semua akan keakraban keluarga Tun M dan Najib Razak yang terjalin sekian lama.

Puak pembangkang pasti panas punggung mengenai pekara ini namun seperti biasa kita boleh bertanyakan kepada mereka apakah mereka mampu mempamerkan keakraban ini pada hubungan pimpinan PKR, DAP dan PAS?]

Sumber: http://www.papagomo.com/2012/08/gambar-tun-mahathir-dan-najib-razak-ini.html?m=1

posted from Bloggeroid

Ikan Sisa Nabi juga dikenali sebagai Ikan Sebelah Laut
Ikan Sisa nabi atau nama lainnya Ikan Sebelah laut mempunyai keunikan sendiri yang mana badannya hanya ada sebelah sahaja.Ikan yang dikenali dengan nama saintifik Pseudorhombus spp./Achiroides spp. ini mampu hidup di kawasan air masin dan tawar di sekitar negara ASEAN termasuk Malaysia.

Menurut sejarah, Ikan ini telah dimakan sebelah bahagian oleh Nabi Sulaiman A.S dan dilepaskan semula ke laut. Atas kehendak Allah S.W.T, ikan sisa nabi ini telah hidup dan membiak sehingga hari ini.

Biarpun hanya mempunyai 1 mata dan sebelah badan sahaja ia tidak memberi sebarang masalah kehidupan ekosistem ikan tersebut.

Kejadian ini membuktikan satu lagi kebesaran Allah S.W.T. Wallahualam. KalamPena/PjO]

Sumber: http://www.putrajaya-online.com/2012/08/kenali-ikan-sisa-nabi.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

anda lihat gambar di atas.saya malas nak komen panjang-panjang.macam ini ker sikap PAS ??? saya dapat gambar ini dari Fb.terpulang kepada anda nak bagitahu sama ada palsu atau sebalik nya


Sumber: http://badutrakyat.blogspot.com/2012/08/gempar-raya-pas-songlap-duit-zakat.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1

posted from Bloggeroid



Bintangor:

Program pemimpin bersama rakyat dan penyerahan sumbangan 1MDB....Hadir sama dalam program ini YB Ahli Parliment P208 Sarikei dan YB Abdullah Hj. Saidol ADUN N36 SEMOP merangkap Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak.









posted from Bloggeroid

Bintangor:

Beginilah keadaan jalan di Kampung Bintangor terutamanya jalan abang amin, Bintangor setiap kali menjelang raya. ..sesak dan jalan sempit...

Kerana kenderaan bertambah banyak dan pengguna motosikal pun ramai maka isu ini jalan sempit menjadi semakin parah...

Harap pihak berkuasa lebih perihatin dengan masalah ini
P/S:Selamat Hari Raya. ..maaf zahir dan batin......

posted from Bloggeroid

Dalam umat Islam kelam-kabut membuat persiapan Hari Raya, parti Pakatan Rakyat pula kelam-kabut membuat persiapan Pilihanraya.

Ini kerana PR sehingga kini bukan sahaja belum dapat memuktamadkan kerusi dan calon tetapi juga masih bertelagah soal hala tuju pemerintahan sekiranya menang nanti. Soal hudud nampaknya masih belum ada penyelesaian di mana PAS terhegeh-hegeh menyorong pipi, sedia akur dengan ‘penentangan’ DAP asalkan DAP masih bersama mereka, tetapi DAP pula tidak dapat menerima pendirian PAS untuk terus bercakap tentang hudud apa lagi melaksanakannya. Sekiranya perkara ini tidak boleh diputuskan sebelum PRU-13, bagaimana PR mengharapkan rakyat memberi mandat kepada mereka?

Itu belum lagi dikira masalah dalaman parti dan negeri-negeri di bawah jajahan mereka. Cakap-cakap kedai kopi dan sekilas pandang secara rambang, antara negeri yang hampir pasti jatuh kembali ke tangan Barisan Nasional ialah negeri Kedah.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak diketahui kerap menjadi tumpuan media, bukan sangat kerana isu, tetapi kerana personalitinya yang panas baran dan tidak peduli atau bahasa kasar orang putih ‘don’t give a damn’. Oleh kerana personalitinya ini, beliau telah mengumpul musuh yang semakin ramai sejak memegang tampuk pemerintahan negeri itu.

Lebih buruk lagi apabila beliau membuka ruang yang begitu luas kepada musuh untuk menembaknya dari segenap arah. Ini kerana beliau dikenali sebagai seorang MB yang tidak tahu apa-apa dan tidak mahu ambil tahu mengenai apa-apa jua. Jika dikritik, beliau menafi. Jika disoal, beliau melenting. Akhirnya, satu masalah pun tidak dapat diselesaikan dan satu projek pun tidak dapat dijayakan sepanjang hampir sepenggal pemerintahan.

Baca lanjut: http://unitmediakedah.blogspot.com/2012/08/panas-pas-kedah-bakal-kecundang-dalam.html?m=1

posted from Bloggeroid

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. Nabi saw memberitahu mereka, "Sesungguhnya Allah swt telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai kebaikan di dalamnya, iaitu hari Eidul-Fitr dan hari Eidul-Adha." Riwayat Abu Daud, 1134


Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar r.a., "Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis ini merujuk kepada 2 perayaan Eid yang khusus bagi orang Islam.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, iaitu jika dilakukan akan terbatal puasanya. Lantaran itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal`Aidul Fitri berasal dari perkataan`aid adalah diambil dari kata al-`audu (kembali). Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."


Sumber: http://jejarikami.blogspot.com/2012/08/tazkirah-ramadhan-kenali-aidilfitri.html?m=1

posted from Bloggeroid


Bintangor:
Program kembara jalur gemilang peringkat Daerah Meradong pada 29 Ogos 2012 nanti.
Berminat untuk menyertai sila hubungi pihak Penerangan Meradong dan pemuda PBB N40 Meradong.

posted from Bloggeroid

KAJANG-Hasrat seorang pekerja kilang untuk pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Tawau, Sabah tidak kesampaian apabila dia dirogol dan dibunuh dengan kejam di sebuah unit flat di Jalan Taming 2, Taming Jaya dekat Balakong di sini kelmarin.

Mayat Sabturiah Faisal, 19, berasal dari Kampung Merotai Besar dekat Tawau dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya oleh abang ipar mangsa pada pukul 7 malam.

Kakak mangsa, Samsiah Faisal, 27, ketika ditemui berkata, dia dan suaminya yang pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama Sabturiah terkejut melihat adiknya yang sudah tidak bernyawa di atas lantai di dalam bilik tidur gadis itu.


“Saya balik kerja kerana hendak berbuka puasa bersama-sama tetapi apabila sampai di rumah saya melihat tubuhnya terlentang dan sudah tidak bernyawa.

“Ketika saya jumpa, dia berpakaian lengkap (baju T dan seluar sukan) tetapi ada kesan lebam pada tangan kanan,” kata Samsiah ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Polis yang menyiasat mayat mangsa mendapati ada kesan lebam pada leher, perut dan tangan kanan anak ketujuh daripada 12 beradik itu.

Difahamkan, polis turut menemui kesan tompokan air mani di bilik mangsa dan mengesyaki gadis itu menjadi mangsa rogol oleh individu yang dikenalinya.

Menjelas lanjut, Samsiah memberitahu, dia dan suami yang membuat pemeriksaan di dalam rumah mendapati beberapa barang berharga dan wang tunai sebanyak RM500 miliknya lesap.

“Tiada kesan umpil dan keadaan rumah saya juga tidak berselerak seolah-olah penjenayah terbabit tahu tempat kami menyimpan barang berharga,” katanya dengan memberitahu jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM3,000.
Sumber: http://malaysiandigest.com/bahasa-melayu/87372-gadis-tawau-dirogol-dibunuh.html

posted from Bloggeroid

BINTANGOR:










posted from Bloggeroid

Faizrakhman Satarov – Foto sumber BeritaHarian

MO,KAZAN,11/8/2012 –  Pihak berkuasa Russia membongkar satu kumpulan ajaran sesat berhenti berhubung dengan dunia luar selepas hidup di ruang bawah tanah sejak 10 tahun lalu.

Pendakwa berkata, 27 daripadanya ialah kanak-kanak yang hidup dalam bilik tanpa alat pemanas dan bergelap. Mereka sudah dibebaskan dan ibu bapa mereka akan didakwa atas tuduhan mendera kanak-kanak.

Pegawai kesihatan mendedahkan, ada kanak-kanak itu berusia satu hingga 17 tahun, tidak pernah melihat matahari.

Mereka dihantar ke hospital untuk rawatan sebelum tinggal di rumah anak yatim buat sementara waktu, kata seorang doktor, Tatyana Moroz.

Pengasas kumpulan berkenaan, Faizrakhman Satarov, 83, yang mengisytiharkan dirinya nabi didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin ‘Muammin’, kata timbalan pendakwa raya Kazan, Irina Petrova.

Perkataan Arab ‘muammin’ bermaksud ‘pengikut.’ Namun, pihak berkuasa, tidak menahan pengikut Satarov.

Kumpulan radikal

Kanak-kanak itu ditemui minggu lalu selepas anggota polis memeriksa kawasan tempat tinggal kumpulan itu ketika menyiasat pembunuhan seorang pendakwah Islam Tatarstan dipercayai oleh kumpulan radikal yang semakin ramai pengikut di wilayah Volga River.

Satarov adalah bekas imam di wilayah berdekatan, Bashkortostan. Dia mengisytiharkan kediamannya di luar Kazan sebagai negara Islam. Dia juga mengarahkan 70 pengikutnya tinggal dalam ruang bawah tanah di bawah bangunan tiga tingkat yang mempunyai menara kecil berbentuk bulan.

Nabi kedua

Hanya beberapa pengikutnya dibenar keluar kerana menjalankan perniagaan di sebuah pasar tempatan. Rumah Satorov itu dibina tanpa kelulusan dan akan dirobohkan.

“Mereka akan datang dengan jentolak dan senapang tetapi mereka perlu bunuh kami sebelum musnahkan rumah ini,” kata ahli kumpulan itu, Gumer Ganiyev di saluran televisyen Vesti. Satarov memilih Ganiyev sebagai ‘nabi kedua’, lapor media tempatan. – Agensi/AP]

posted from Bloggeroid

Bintangor:
Majlis berbuka puasa untuk saudara kita ini dianjurkan oleh PBB N40 MERADONG.Majlis ini dirasmikan oleh YB Abdullah Hj.Saidol ADUN N36 SEMOP merangkap Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak.

Dalam ucapan YB menekan peranan masjid dan surau dan hubungan siraturahim antara sesana umat islam.

Majlis ini bertambah meriah dengan adanya kehadiran pihak rombongan agama dari semenanjung.Majlis ini dapat dijalankan dengan kerjasama pihak Surau dan JKKK Kampung Al Falak.











posted from Bloggeroid

Bintangor:
Rombongan YB Abdullah Haji Saidol ADUN N36 Semop membuat lawatan mengejut ke rumah Encik Aziz di Jalan Bidadari Bintangor.

Dalam lawatan tersebut YB sempat meninjau sekitar rumah Aziz dan akan cuba membantu..Dalam masa yang sama YB memberi sumbangan kepada keluarga tersebut.

Dalam masa yang sama UMB BN MERADONG telah membantu keluarga Aziz untuk mendapat rumah bantuan dan bantuan lain...
posted from Bloggeroid
‘Tweet jalur malang’ bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, yang menghina bendera kebangsaan, boleh disamakan dengan pengkhianatan, kata Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA Loh Seng Kok.

“Saya benar-benar terkejut dan jijik dengan tweet yang dibuat oleh ahli Patrlimen PAS Pasir Panjang apabila dia menghina Jalur Gemilang. Ia seperti pengkhianatan yang dilakukan seorang pemimpin PAS dengan menghina bendera kebangsaan kita,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Dilaporkan tweet Nizar telah menyebabkan kritikan daripada pelbagai pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Nizar pada Isnin telah membuat ‘tweet’: “Janji ditepati malang perayaan Kemerdekaan tahun ini di buat oleh Kabinet BN, luntur semangat nak kibarkan jalur gemilang, jalur malang!

Loh mengingatkan rakyat Malaysia bahawa ini bukan kali pertama Pakatan menghina bendera kebangsaan.

“Pada bulan September tahun lepas, ADUN Kota Alam Shah M. Manoharan juga dengan bangganya mendakwa bahawa dia telah mengedarkan bendera DAP kepada pengundinya bukannya Jalur Gemilang dengan alasan bahawa bendera itu kelihatan lebih kepada BN berbanding rakyat Malaysia.

Sumber: http://merdeka-online.com/home/tweet-nizar-tentang-bendera-kebangsaan-sama-seperti-pengkhianatan/

posted from Bloggeroid

Korang ingat tak lagi pasal laporan dari satu blog pro Umno pasal mahasiswa kena liwat dengan Anuwar? Gua dah ada gambar ekslusif mahasiswa tersebut beb..

Rupanya blog pro Umno tersebut tak bohong.., memang betul rupanya ada mahasiswa kena liwat dengan Anuwar.. 'Mangsa' siap buat pengakuan dalam Fesbuk lagi tauu...

Beliau siap buat kronologi kejadian dan juga bersedia untuk bersumpah bila-bila masa di masjid-masjid yang berhampiran..

Tapi..., yang gua pelik ialah.., 'mahasiswa' ni bukanlah tergolong dalam kategori lelaki taste Anuwar..




Baca sepenuhnya: mediapermatangpauh.blogspot.com/2012/08/ekslusif-inikah-gambar-mahasiswa-yang.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

Oleh:Tun Izhalmi
KUALA LUMPUR, 5 Ogos - Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Zamil Ibrahim mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu siasatan berkenaan kes gambar panas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali diteruskan walaupun mendapat desakan dari Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin-pemimpin kanan parti itu.

Beliau turut mendakwa PKR bercadang melakukan siasatan dalaman berhubung dengan tersiarnya gambar panas namun ditolak oleh Anwar.

Zamil juga mendakwa telah berlaku pertelingkahan dalaman diantara dua kem iaitu kem yang menyokong agar diadakan siasatan dengan seberapa segera dengan kem yang menolak siasatan yang bakal dilakukan.

"Saya difahamkan siasatan itu tidak mendapat restu daripada Anwar sendiri.

"Beliau tidak mahu siasatan dijalankan walaupun didesak oleh Presiden parti dan beberapa pemimpin kanan parti," katanya.

Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah itu turut mendakwa kamera litar tertutup yang merakamkan gambar panas Timbalan Presiden PKR telah dipasang oleh pihak tertentu dalam kerajaan negeri Selangor sendiri.

Sumber: http://klpos.com/politik/9822-anwar-mahu-siasatan-kes-gambar-seks-azmin-ditutup-zamil?
posted from Bloggeroid
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman meminta agar Lim Guan Eng berhenti menipu rakyat berkenaan isu rumah kos rendah dan sederhana kerana rakyat sudah semakin bijak menilai dan putar belit Ketua Menteri Pulau Pinang itu sudah semakin diketahui umum.

Menurut Zainal, fakta angka yang sering Guan Eng umumkan berkenaan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana selama ini adalah tidak benar atau dalam kata lain adalah penipuan semata. Ianya tidak benar kerana sehingga kini tiada bukti Kerajaan Negeri telah membina rumah kos rendah dan sederhana untuk rakyat.

“Telah empat tahun DAP mengambil alih pucuk pimpinan negeri ini namun sehingga kini mereka gagal membuktikan bahawa mereka telah membina rumah kos rendah dan sederhana untuk rakyat. Setiap kali isu ini dibangkitkan mereka hanya berdolak dalih dan terus menipu untuk mengelirukan rakyat.

Baca lanjut: http://peraktoday.com/wp/?p=79409&utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

posted from Bloggeroid

Bintangor:
Majlis sumbangan ramadhan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Norah Tun Abdul Rahman ahli Parliment P206 Tanjung Manis...





posted from Bloggeroid

KL dikatakan berada dikedudukan 34 dari 36 bandaraya didunia didalam tahap kebiadaban..menurut penilaian Reader Digest..

Wow...tapi tu lah kita, suka tak suka ..tu lah kita.

Kita menuntut dan inginkan kehidupan canggih dan terhormat spt bandar2 utama dunia..kita kata sistem dorang bagus lah ..itu lah dan inilah.

Sistem ialah sistem..bior pun canggih dan baik mana pun tapi perangai satu macam je, apa sistem pun tak kan menjadi. Utk jayakan apa2 sistem kena ada sifat akur dan hormat..barulah sistem tu berjaya.

Jika sistem di KL mudah dan simple je..tapi sifat penduduknya yg berakhlak tinggi, sistem tersebut tetap berjaya.

Tapi Reader Digest mungkin silap kut..bukan kurang ajar dan biadab tapi "KEBEBASAN" "HAK ASASI" "BANGUN MENENTANG KEZALIMAN"..ni lah yg diterapkan oleh PAKATAN.

Gesa pelajar jgn bayor hutang..gesa orang buat demo yg mana perkara yg didemo trsebut patutnya dibahaskan di Parlimen.
Pelajar2 merusuh..mencemar gambar pempin..ramai2 walaupun bukan muhrim leh berkhemah di Dataran yakni melakukan maksiat terang2an..PAS yg kononnya menguasai PAKATAN sedikit pun tak menegur perbuatan2 biadab tersebut malah mempertahankannya. Perjuangan ikut AQ dan sunnah katanya..

Pejuangkan hak asasi sampai lupa hak2 orang lain, tidak menghormati bahwa orang lain pun ada hak. Sifat menghormati pempin2, Sultan2 telah dirosakkan kononnya bebas bersuara..

Cuba fikir..apa yg dibuat oleh Adam Adli ..ianya biadap atau brsopan santun.
Melanggar perintah Mahkamah dan nasihat Agung berkenaan perhimpunan adalah biadab atau bersopan santun..
Mendahului penghakiman ..biadap atau bersopan santun.
Menghina polis dan pihak berkuasa tanpa sebab yg berasas..brsopan atau pun biadab.
Menghina negara sendiri tempatnya menghimpun kekayaan ..bersopan atau pun biadab
Namawee..contoh yg trbaik..adakah ianya brsopan santun atau biadab?

Tapi kebiadaban ni lah yg dijulang..kebiadaban ni dianggap satu reformasi rakyat..satu kebangkitan rakyat..ianya dibangga2kan..
Sampai mereka yg tak tahu menahu pucuk pangkal keadaan..turut mencaci Sultan2, mencaci polis dan menghina askar2 yg telah berjuang melawan komunis..mencaci polis yg bertugas menjaga kepentingan awam..
Mereka yg biadap ni dianggap pejuang agama, pejuang keamanan, pejuang kebebasan..pehh.

Ini lah perbuatan dajal..yg batil dinampakkan sebagai hak, yg hak pula ditampakkan sebagai batil.

Mudah2an dibulan Ramadhan, kita mendapat taufikNya agar dapat melihat dan mengenal apa yg hak dan apa yg batil..dan didorangkanNya kepada yg hak dan menjauhkan diri kita dari batil. tanpa petunjukNya, jika tenggelam dalam kebatilan maka lemaslah kita buat selama2nya.. sama2 lah kita mohon petunjukNya dan perlindunganNya

Sumber: http://theflyingkick.blogspot.com/2012/08/bodoh-punya-orang-putih-biadap-dengan.html?m=1

posted from Bloggeroid

SAN FRANCISO - Facebook percaya setakat ini lebih 83 juta akaun palsu telah diwujudkan melalui laman sosial terkenal itu.

Menurut kenyataan syarikat itu yang diterbitkan pada minggu ini, sebanyak 8.7 peratus daripada 955 juta profil akaun telah menyalahi peraturan yang ditetapkan Facebook.

Selain itu, terdapat pelbagai kesalahan lain dilakukan seperti profil kedua yang didaftar atas nama pengguna yang telah berdaftar sebelum ini dengan 4.8% kes dilaporkan.

Sebanyak 2.4 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dilaporkan itu terdiri daripada akaun profil peribadi yang digunakan untuk tujuan perniagaan atau haiwan peliharaan manakala sebanyak 1.5 peratus daripada akaun itu dikategorikan sebagai tidak begitu aktif dalam menggunakan laman sosial itu.

Kajian ini dilakukan untuk menentukan keberkesanan strategi pemasaran sesebuah produk dan perkhidmatan sesebuah perniagaan yang menggunakan platform laman itu sebagai langkah promosi jualan mereka.

Facebook turut menjelaskan akaun ‘duplicate’ ialah akaun yang digunakan seseorang itu selain daripada akuan utamanya.


Manakala akaun yang diklasifikasi sebagai misclassified ialah pengguna yang menghasilkan akaun untuk kepentingan perniagaan, persatuan atau untuk binatang peliharaan mereka.

Facebook menambah, akaun yang dibuat menggunakan nama palsu selalunya digunakan untuk tujuan ‘spamming’, sekali gus telah melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat gergasi yang berpangkalan di Palo Alto, California itu.

Pihak Facebok turut menjelaskan aktiviti tidak bermoral itu secara tidak langsung telah menjejaskan perniagaan mereka yang lebih tertumpu kepada aspek pengiklanan.

“Setakat ini kami tidak ada bukti untuk permasalahan itu,” kata jurucakapnya baru-baru ini.

Seramai 80 juta pengguna globalnya mungkin akan terus menggunakan dan membuka akaun untuk kepentingan mereka seperti menggodam laman profil individu atau sesebuah perniagaan itu.

Menerusi kajian juga, kegiatan ini lebih tertumpu di negara seperti Indonesia dan Turki yang menunjukkan peningkatan tinggi dari segi jumlah penggunanya.

Pihak pengiklan yang menggunakan khidmat pengiklanan di Facebook mengesa mereka untuk membuktikan bahawa setiap pautan ‘Like’ yang diterima adalah betul, selaras untuk perkembangan perniagaan klien itu sendiri.

“Kami menjana keuntungan hasil daripada pengiklanan dan kehilangan pengiklan ini sedikit demi sedikit akan menjejaskan perniagaan kami,” kata jurucakapnya lagi.SINAR]


Sumber: http://medantempurkedah.blogspot.com/2012/08/perhatian-facebook-akan-tutup-83-juta.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

akhir ini wujud pemikiran baru dikalangan pembangkang seolah mereka ada lesen besar untuk langgar undang-undang.

Senang cakap berani buat..tak berani tanggung.Makanya bila kerajaan bertindak 'lambat siang' riuh tuduh zalim dan menindas mereka dengan akta-akta yang draconian.

Macam kes terbaru membabitkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang didakwa di mahkamah kerana membocorkan maklumat sulit perbankan milik individu lain kepada umum.

Itu sah-sah salah sekalipun beliau dabik dada sebagai hero yang bongkar skandal NFC.

Riuh-rendah penyokong pembangkang bangkitkan soal 'whistleblowers' kononnya Rafizi masuk kategori tersebut dan tidak boleh didakwa.

Beliau dituduh di mahkamah pada Rabu di bawah Seksyen 97(1) BAFIA bersama seorang lagi bekas kerani bank yang berperanan menyerahkan dokumen-dokumen sulit tersebut kepada Rafizi.

Rafizi pula tidak membuat sebarang laporan polis sebelum dokumen tersebut didedahkan sebaliknya mengadakan sidang akhbar dan memberitahu umum kewujudan akaun bank itu.

Hasrat Rafizi bongkar skandal NFC itu satu isu lain, sedangkan mendedahkan maklumat bank orang lain itu isu berasingan.Jadi ada dua hal yang berbeza di sini.

Rafizi kata Ahli Parlimen Kota Belut Abdul Rahman Dahalan "telah gigit apa yang tidak mampu dikunyahnya," atau dalam kata lain terlebih aksi.

Kes Rafizi ini sama dengan kes video seks yang 99.99 peratus didakwa membabitkan bos Rafizi, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apabila geng Datuk Trio membongkarkan salah laku dan skandal membabitkan ketua pembangkang, dalam sistem demokrasi ia tidak salah.

Apatah lagi terang-terang dalam video tersebut mukanya, ada tarikh dan ada individu lain yang nampak dalam rakaman tersebut.

Keutuhan pendedahan itu diperkuatkan lagi dengan kajian pakar luar negara yang mengesahkan video seks itu 99.9 tulen.

Tetapi ketiga-tiga mereka, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Tamhby Chik dan Datuk Shuib Lazim di dakwa di mahkamah dan mengaku salah. Apa kes?

Kes mereka bertiga adalah tayang video lucah tersebut kepada umum (wartawan) di Hotel Carcosa di ibu negara.

Mendedahkan skandal Anwar itu tidak salah, tetapi menayangkan video lucah kepada umum itu salah.

Mereka bertiga didakwa dan mengaku salah di mahkamah.

Baca lanjut disini: http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/apa-bezanya-datuk-t-tukang-dedah-video-seks-anwar-dengan-kes-rafizi-nfc.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed

posted from Bloggeroid

Keadaan politik Sabah yang meruncing akibat berpunca dari masalah dalaman parti mencetuskan penarikan diri beberapa pemimpin UMNO/BN. Ekoran dari hal itu Datuk Seri Lajim Ukim dan Datuk Seri Wilfred Bumburing mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Apa yang berlaku sekarang ini telah mendapat maklumbalas oleh beberapa pemimpin tertinggi BN dan UMNO.

Kenyataan ‘Jangan Ambil Mudah’ dari apa yang berlaku di Sabah telah mendapat reaksi dari Naib Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi. Beliau dalam kenyataan sebelum ini melahirkan perasaan dukacita dengan apa yang berlaku.

Jika pemimpin di Sabah gagal melihat situasi ini serius akan memberi kelebihan untuk pembangkang menawan Sabah.

‘Semua parlimen dan bahagian di Sabah perlu ambil iktibar dari kerapuhan BN/UMNO di masa dahulu’- rasanya ini peringatan jelas Naib Presiden UMNO ini.]

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY