'/>

PERSEMPADANAN SEMULA KAWASAN PARLIMEN DIBENTANG MAC INI

Pejabat Perdana Menteri dijangka membentangkan persempadanan semula kawasan-kawasan parlimen pada persidangan Dewan Rakyat Mac ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd yusof berkata, proses tersebut akan mengambil dua tahun untuk dilaksanakan selepas perkara tersebut diluluskan di Parlimen dan keputusannya akan dibentang pada 2015.

SPR akan bertindak mengkut perkara 13 Perlembagaan Persekutuan dengan menarik semula sempadan berdasarkan saiz kawasan pengundian dengan mengimbangi jumlah pengundi do setiap kawasan.

Tegas Abdul Aziz, setiap kawasan Parlimen tidak boleh melebihi 100,000 pengundi dan kali terakhir persempadanan dilakukan 10 tahun lalu.

Menurut rekod, parlimen yang melebihi 100,000 pengundi termasuk Kapar, Serdang, Subang, Hulu Langat, Gombak, Puchong, Kota Raja, Selayang, Kelana Jaya, Seremban, Gelang Patah, Pasir Gudang dan Pulai.

Artikel 113(2)(ii) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan persempadanan semula perlu dilaksanakan dalam tempoh antara lapan hingga sepuluh tahun sejak kali terakhir diadakan.

Laporan SPR menyebut perkara tersebut sepatutnya dilaksanakan pada 2011 lalu namun ditangguhkan ekoran tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang terlalu dekat.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY