Seorang lelaki terselamat daripada serangan kejam oleh tujuh lelaki di tanah perkuburan di sini Selasa lalu dalam
kejadian yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan ahli perniagaan di Bintangor.
Mangsa dikenali sebagai Tie, 44, mengalami kecederaan di bahagian tubuh badan, kedua-dua belah kaki, tangan
kanan patah dan kecederaan di bahagian lutut dan hidung patah dalam serangan itu.
Tie terlibat dalam aktiviti pembalakan dan difahamkan ahli geng ‘Paradom’ pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat pada 2009.
Dalam kejadian itu, Tie dikatakan berada di kediamannya di Jalan Berjaya di sini bersama isterinya, 39, jam 6.30 petang.
Tujuh lelaki itu kemudian membawa mangsa ke tanah perkuburan di Bukit Aup dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.
Mereka percaya Tie dikatakan berkaitan dengan kes pembunuhan Lau Sii Ang, 43, yang terlibat dengan perniagaan
SEKADAR HIASAN |
pembalakan di Limbang.
Lau, difahamkan bekas anggota geng ‘Lo Han’ dibunuh di sebuah kedai kopi di Bintangor pada 9 Februari lalu.
Setibanya di tanah perkuburan, Tie yang ditutup matanya dibawa keluar dari kenderaan dan dipukul oleh tujuh lelaki
dengan menggunakan batang kayu.
Mangsa juga dipaksa mengangkat sumpah jika dia tidak melakukan pembunuhan ke atas Lau.
Mangsa kemudian dihantar ke Persiaran Brooke dan ditinggalkan di tepi jalan berdekatan dengan pusat perubatan swasta.
Akibat serangan itu, mangsa mengalami kecederaan dibawa ke pusat perubatan swasta dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Isteri mangsa kemudian membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
Bertindak atas laporan, polis berjaya menahan beberapa individu bagi membantu siasatan dan Tie mengenal pasti
tiga lelaki yang dikatakan menyerangnya.
Berhubung kes pembunuhan Lau, polis Bintangor turut mendapatkan bantuan polis Sibu bagi mengesan pembunuh.
Read more
artikel berkaitan
No comments: