PETALING JAYA 15 Feb - Bekas pemimpin UMNO dan PKR Datuk Zaid Ibrahim telah mengumumkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang menjadikannya calon ke-8 yang berentap bagi menawan undi penduduk kawasan tersebut.
Menurut Zaid, keputusan tersebut adalah berikutan isterinya Datin Suliana Samsuddin Alias membenarkannya untuk bertanding sebagai hadiah Hari Valentine.
"Suliana kata ya untuk (bertanding) di Kajang - hadiah Valentinenya," katanya dalam posting di twitter beliau, semalam.
Jelas Zaid, Suliana pada awalnya tidak membenarkan beliau bertanding atau kembali ke arena politik ekoran banyak kritikan peribadi tidak sihat dilemparkan kepadanya.
"Saya kata kepada mereka, selagi mana saya menjadi pengkritik politik selagi itu saya akan dikritik dan dihina. Namun tidak akan ada demokrasi atau kebebasan dalam negara sekiranya semua orang kekal berdiam diri kerana takut dikritik," katanya lagi.
Selain Zaid, bekas pembantu peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktesh Vijay turut mengumumkan untuk bertanding selain penyanyi veteran Herman Tino yang akan menentang Ketua Pemabangkang dan calon MCA dari Barisan Nasional (BN) pada 23 Mac ini.sumber
No comments: