'/>

MISTERI LUBUK PUAKA

Kejadian penuh tragis : Kententuan Ilahi tiada daya insan untuk menghalang, hanya mampu berdoa memohon padaNya.
Lubuk puaka ‘Pasir Rusa’ Segamat:
Bagi kanak-kanak penduduk Kampung Kuing Patah, cerita lubuk puaka ‘Pasir Rusa’,
menjadi ingatan setiap kali mereka berhajat ke lokasi lapan pelajar lemas di Sungai Muar, Buluh Kasap, kelmarin.
Di lokasi berkenaan ada beberapa lubuk yang dalam dan diketahui penduduk sebagai kawasan yang agak ‘keras’ dan berpuaka.
Malah ada penduduk mendakwa mereka pernah terserempak dengan lembaga hitam besar ketika menangkap ikan dan udang di kawasan kejadian lemas itu.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali Ani, 48, mengakui kawasan sungai di situ berpuaka. “Sejak kecil kami adik-beradik memang dilarang bermain di situ selepas arwah ayah terserempak dengan lembaga hitam besar ketika mengail udang
di situ.
“Kawasan berhampiran lapan remaja lemas itulah arwah ayah pernah terserempak dengan lembaga itu. Dulu ada pokok berembang yang besar ditebing sungai berhampiran kawasan lubuk di situ,
namun sekarang ia sudah tiada akibat hakisan.
Lembaga puaka Pasir Rusa
“Arwah ayah selalu pesan jangan sesekali pergi ke kawasan pokok berembang itu kalau tak mahu terserempak lembaga puaka Pasir Rusa. Itu sebabnya penduduk di sini memang mengelak pergi ke kawasan itu, ” katanya kepada BH semalam.
Penduduk Othman Mohd Diah, 53, berkata sungai berkenaan yang terletak bersebelahan kampung itu terbiar sejak 20 tahun lalu, sebelum kerja mengorek
pasir bermula sejak tahun lalu.
Katanya, beberapa insiden menyeramkan juga pernah dihadapi penduduk kampung berkenaan sebelum ini yang kebanyakannya mencari rezeki di sungai sebagai nelayan.
Alami peristiwa misteri
“Beberapa nelayan pernah mengalami peristiwa misteri ketika menjala dan menangkap ikan di situ dulu termasuk bot secara tiba-tiba berpusing, selain kejadian seolah-olah ada lembaga yang mengawasi
serta mengekori mereka.
“Itulah sebabnya tiada siapa yang berani mandi atau pun menangkap ikan di kawasan itu lagi, malah suasana di situ juga suram dan menyeramkan, tidak kira siang atau malam, ” katanya.
Dalam kejadian pada jam 8.50 pagi kelmarin,
seorang remaja yang berjalan di kawasan berpasir di sungai itu bersama 11 rakannya, tiba-tiba tergelincir ke dalam sungai itu sebelum tujuh rakannya yang cuba membantu turut hilang.
Empat lagi rakan mangsa bagaimanapun terselamat kerana tidak terjun ke dalam sungai selepas melihat satu demi satu kawan baik mereka ‘ditelan sungai’.
BH.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY