Home
PANDAI MAIN WAYANG???
Posted by
MERADONG TODAY
|
Thursday, 27 February 2014 |
11:17:00
PANDAI MAIN WAYANG???
Keharmonian kaum yang dicapai Malaysia nampaknya mendatangkan kesakitan kepada pihak pihak yang tidak senang dengan pekara ini. Cubaan untuk memecahbelahkannya dilihat semakin hari semakin menjadi jadi. Dalang perpecahan keharmonian kaum dimonopoli oleh kaum Cina Chauvenist yang berpaksikan parti Komunis.
Dalam isu terbaru yang mana sebuah portal berita milik Harris Ibrahim seorang aktivis neo komunis cuba untuk mengeruhkan keharmonian kaum di Malaysia yang mana portal berita miliknya rakyat times telah memperlekehkan kaum India sebagai kaum yang di tindas oleh pihak kerajaan Malaysia. Melalui artikel bertajuk BR1Mless apa yang disampaikan adalah satu perbuatan yang tidak melambangkan semangat rakyat Malaysia.
Tindakan sebuah portal berita menyiarkan satu artikel berkenaan kisah sebuah keluarga kononnya warganegara Malaysia yang kesempitan hidup dilihat sebagai satu laporan palsu.
Malah,artikel bertajuk 'Br1MLess' yang disiarkan di portal berita Rakyat Times pada 24 Februari ini dilihat sebagai satu percubaan untuk memperlekehkan masyarakat India di Malaysia.
Menerusi tinjauan di lokasi kejadian, ianya terbukti bahawa keluarga ini bukan merupakan warganegara Malaysia akan tetapi menetap di Sri Lanka.
Laporan portal pro pembangkang ini juga mendakwa terdapat sebuah keluarga yang tinggal di kawasan setinggan sekitar Jalan Air Panas dekat Setapak terpinggir dari menikmati kemudahan itu berikutan tiada kad pengenalan diri yang sah.
Penulis berkenaan turut menggambarkan kedaifan hidup yang dialami keluarga ini sehinggakan ada di antara seorang anak dari ahli keluarga tersebut tidak bersekolah berikutan kesempitan hidup dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
Namun, kebanyakan penduduk sekitar lokasi kejadian menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
Menurut seorang penduduk yang menetap hampir 40 tahun di situ yang juga memiliki bengkel membaiki kenderaan, John, 64, beliau menafikan bahawa keluarga terbabit adalah warganegara Malaysia, sebaliknya merupakan pendatang asing dari Sri Lanka. (Lihat video disini) - Rakyat News
No comments: