KUALA LUMPUR - Dua kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 2 petang ini.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, Pelabuhan Klang, Selangor, merekodkan bacaan IPU tidak sihat pada bacaan 117 dan Seri Manjung, Perak pada bacaan 102.
Sehingga pukul 2 petang ini juga, 27 kawasan merekodkan bacaan sederhana manakala 21 kawasan merekodkan bacaan IPU baik.
Beberapa kawasan mencatatkan bacaan menghampiri kategori tidak sihat tetapi masih dalam kategori bacaan sederhana, antaranya Sungai Petani (98), Taiping (99), Muar (92), Seberang Jaya 2 Perai (96), dan Petaling Jaya (92).
Kawasan yang merekodkan bacaan baik pula antaranya Pasir Gudang (34), Kota Kinabalu (38), Bintulu (28), Kuala Terengganu (25) dan Langkawi (48).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). - Bernama
No comments: