'/>

ADENAN TERAJUI PORTFOLIO KEWANGAN ,PERANCANGAN SUMBER DAN ALAM SEKITAR

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan beliau akan menerajui portfolio Kewangan dan Perancangan Sumber dan Alam Sekitar.

Adenan juga berkata, beliau tidak lagi memegang jawatan Menteri Tugas-tugas Khas dalam rombakan kecil Kabinet negeri berkuat kuasa 1 Mac.

Ditanya kenapa tiada rombakan besar dilakukan terhadap Kabinet negeri, beliau berkata, perkara itu tidak perlu kerana semua menteri menunaikan tugas mereka dengan baik.

"Seperti kata saya sebelum ini...apabila sesuatu itu berjalan dengan baik, teruskanlah saja. Kami sedang menuju arah yang betul, jadi kenapa perlu dibuat perubahan," katanya dalam sidang akhbar di bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Menurut Adenan, untuk sementara ini, jawatan Menteri Tugas-tugas Khas dibiarkan kosong, sehinggalah ia didapati perlu diisi. - BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY